Ini Doa Mohon Penjagaan Dari Allah

Ini Doa Mohon Penjagaan Dari Allah

Related image


DALAM hidup ini tentunya kita ingin selalu berada dalam lindungan-Nya. Karena mustahil kita bisa hidup dengan selamat tanpa perlindungan-Nya. Dan kita bisa memohon perlindungan kepada Allah melalui doa-doa kita kepada-Nya.
Di antara do’a yang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sering baca yaitu dalam memohon penjagaan dari Allah pada seluruh sisi kehidupan :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu ‘afiat (keselamatan dari segala keburukan) di dunia dan di akhirat.”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي
“Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu pemaafan dan ‘afiat pada agamaku dan kehidupan duniaku, keluarga, dan hartaku.”
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
“Ya Allah tutuplah aurat-auratku, berikan rasa aman padaku.”
اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
“Ya Allah jagalah aku dari arah depan, belakang, kanan, kiri, dari atas, dan aku berlindung pada keagunganMu agar aku tidak tersambar dari bagian bawahku.” (HR. Abu Daud). []
Sumber : https://www.islampos.com

Beribu Tahun Menjadi Misteri,Akhirnya Bahtera Nabi Nuh dijumpai di Turki


Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar.Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Ada yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia,

8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:

Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina di sebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”.

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok

CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut.

Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Sumber: Gengviral.com

Tanda-tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka


GEJALA PADA WAKTU TIDUR:

* Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

* Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

* Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.

* Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

* Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

* Bunyi gigi berlaga pada waktu tidur.

* Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

* Berdiri dan berjalan ketika tidur.

* Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

* Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

* Mimpi berada di tempat sunyi.

* Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

* Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

* Merintih dan menangis ketika tidur.

GEJALA PADA WAKTU BERJAGA (waktu sedar):

* Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

* Selalu lalai daripada mengingati Allaah subhaanahu wa ta`ala.

* Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.

* Sering lesu dan malas.

* Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

* Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

* Lenguh di sendi-sndi utama.

* Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

* Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

* Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

* Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

* Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

* Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

* Mudah marah dan panas baran.

* Emosional dan terlalu sensitif.

KESAN SAKA

Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam  kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis  kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial  dan sebagainya.  Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk  halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke  segenap aspek kehidupan manusia.

Dengan sebab saka, manusia boleh  mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri,  menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah  dengan Islam dan sebagainya.  Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama  manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah  s.w.t  dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud :-

“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu  Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu  telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu;  “Wahai Tuhan kami,  sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat).

Maka Allah berfirman  “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”. .

A.KESAN DARI SUDUT AGAMA

1. Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t.

2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.

B. KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL  DAN LAIN-LAIN

1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang sama seperti penyakit  yang berkaitan jantung, buah pingang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.

2.  Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.

3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.

4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.

5. Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.

6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.

7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.

8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan sebagainya.

KAEDAH RAWATAN SAKA   

Mengikut pengalaman penulis untuk merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka dan berusaha membuangnya memerlukan komitmen yang berterusan. Saka bersifat “on” dan”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa sahaja.

Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu, amat dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehinggalah pulih sepenuhnya.

Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara yang paling terbaik. Meningkatkan amalan wajib dan sunat, mendirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, mengekalkan zikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah dan kemudian berdoa memohon perlindungaNya daripda sebarang kejahatan manusia dan jin sangat digalakkan. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-

1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.

2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun

3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.

4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.

5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.

6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.

7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.

8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.

9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.

10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.

11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.

WALLAHUALLAM

Sumber 1:- missameretta
Sumber 2 :- Zainizainal

Hukum Berkongsi Mesin Basuh Bersama Non-muslim


Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim…bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati…adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.

2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏”‏‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏

Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

Semoga kita jelas dengan isu dan permasalahan ini.

Wallahua’lam.

-ADMIN-

Sumber: Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle
4 Ciri Penghuni Syurga yang Dapat Dilihat Di Dunia

4 Ciri Penghuni Syurga yang Dapat Dilihat Di Dunia

Image result for 4 Ciri Penghuni Syurga yang Dapat Dilihat Di Dunia


Setiap orang pasti menginginkan tinggal di dalam syurganya Allah saat hari akhirat nanti. Oleh karena itu, sebagian besar manusia yang yakin bahwa dunia hanyalah sebatas panggung sandiwara mulai mempersiapkan bekal agar saat ditimbang di yaumul hisab  nanti amal baiknya akan lebih besar dari pada dosa yang dilakukan.
Namun tahukah kamu, bahwa penghuni syurga memiliki sifat yang khas. Mereka memiliki prilaku yang senantiasa mencerminkan kebaikan. Mau tahu sifat apa saja yang dimiliki peghuni syurga? Setidaknya ada empat sifat penghuni syurga yaitu,

Awwab

Penghuni syurga memiliki sifat awwab yaitu mereka senantiasa bertaubat kepada Allah. Berusaha memperbaiki diri dari hari kehari. Hingga akhirnya maut mengembalikan ruhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Hafizh

Selain selalu memperbaiki diri, para penghuni syurga pun memiliki sifat hafizh yaitu selalu menjaga amanah yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla. Seperti menjaga dirinya dari perbuatan-perbuatan yang sudah dilarang Allah.

Khasyi Ar-Rahman

Mereka menjaga diri karena satu alasan yaitu merasa takut kepada Allah. Itulah yang dinamakan dengan sifat Khasyi Ar-Rahman. Mereka merasa bahwa dirinya selalu diawasi oleh Allah dan segenap malaikatnya sehigga tak berani melakukan dosa sedikitpun.

Dzu-qalbin munib

Manusia memang tak ada yang sempurna. Sehingga melakukan dosa atau kesalahan adalah salah satu hal yang manusiawi. Namun, mereka calon penghuni syurga memiliki sifat dzu-qalbin munib yaitu segera kembali ke jalan Allah setelah melakukan kesalahan.
Nah bagaimana dengan kamu, apakah selama ini sudah memiliki sifat-sifat diatas? Namun tenang, dengan terus memperbaiki diri Allah akan senantiasa membuka pintu ampunan selebar-lebarnya.
Sumber : http://www.dailymoslem.com
5 Ayat Al-quran yang Akan Meringankan Saat Hadapi Masalah

5 Ayat Al-quran yang Akan Meringankan Saat Hadapi Masalah

Image result for 5 Ayat Al-quran yang Akan Meringankan Saat Hadapi Masalah


Kehidupan manusia tidak akan pernah lepas dari sebuah masalah. Satu masalah selesai akan datang masalah baru yang harus diselesaikan, karena memang hidup ini adalah tempat manusia diuji sebelum akhirnya tinggal di negeri akhirat yang abadi.
Saat ujian datang, tak jarang kita merasa menjadi manusia yang paling menderita sedunia. Kemudian kita berusaha mencari pertolongan dan tempat bersandar lain, padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai Tuhan Semesta Alam telah memberikan petunjuknya dalam Al-Quran. Berikut lima potongan ayat Al-quran yang mampu memberikan ketenangan dan juga inspirasi positif saat masalah menerpa.

QS. Ar-Ra’d: 11

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri.” (Q.S Ar-Ra’d:11)
Potongan ayat diatas seolah memberi tahu untuk muhasabah diri, karena tak jarang masalah yang datang memang karena kesalahan diri sendiri. Entah itu karena kebiasaan buruk selama ini atau kurangnya iman kepada Illahi. Terus berusaha perbaiki diri, karena nasib seseorang masih dapat berubah sesuai dengan tekad dan usaha yang diperbuat. Insya Allah ada solusi, ketika diri berubah menjadi lebih baik lagi.

QS Al-Baqarah: 216

“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)
Masalah yang datang bisa jadi merupakan sebuah anugrah dari Allah, namun karena manusia pada dasarnya sulit bersyukur anugrah tersebut terlihat sebagai sebuah keburukan. Misalnya ketika putus dengan seseorang. Menyakitkan memang, namun mungkin hal tersebut adalah wujud dari kasih sayang Allah.
Potongan Ayat diatas mendorong kita untuk terus berpikiran positif atas apa saja yang menimpa kehidupan kita. Pun saat masalah datang, lihatlah ada hikmah luar biasa yang bisa kita dapatkan. Ingat, Allah selalu bersama prasangka hamba-Nya.

QS. Al-Baqarah: 286

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (QS. Al-Baqarah: 286).
Dalam ayat ini, Allah telah menjamin bahwa masalah yang datang tidak akan lebih besar dari kesanggupan orang yang dibebani. Oleh karena itu, kita harus percaya bahwa setiap masalah yang menerpa pasti bisa dilewati. Namun dilewati dengan baik atau tidaknya tergantung dari niat dan usaha yang dilakukan.

QS. Al-Insyirah: 5-6

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,” (QS. Al-Insyirah: 5-6).
Ya, setelah badai terbitlah pelangi. Jadi tenanglah, setelah seluruh masalah yang datang dalam kehidupan akan ada kebahagiaan yang menghampiri dan itu sudah Allah janjikan dalam Al-Quran.

QS. At-Thalaq: 2-3

Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya.” (QS. At-Thalaq: 2-3)
Jalan keluar pasti didapatkan asal kita selalu bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Meskipun sepertinya tidak ada jalan keluar dari masalah yang sedang dihadapi, namun kekuasaan Allah tidak terbatas dan Dia dapat mengirimkan bantuan dari sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka sebelumnya.
Memohonlah kepada-Nya, karena tidak ada satu dzat pun yang dapat menolong kita kecuali Allah. Semangat!
Sumber : http://www.dailymoslem.com

Baca 4 Doa Ini Selama Hamil Insyaallah Selamat dan Dikurniakan Keturunan yang Soleh

Image result for Baca 4 Doa Ini Selama Hamil Insyaallah Selamat dan Dikurniakan Keturunan yang Soleh


Diberikan amanah untuk mengandung adalah anugrah terbesar bagi seorang perempuan. Saat itu, apapun yang dapat membuat bayi dalam kandungan selalu sehat dilakukan oleh sang Ibu. Mulai dari mengkonsumsi makanan yang sehat, berolahraga hingga berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Berikut ini adalah empat doa yang dapat Ibu hamil lantunkan agar diberikan keselamatan, kesehatan dan keturunan yang shaleh serta shalehah.

Doa agar diberikan kesehatan dan keselamatan saat mengandung dan bersalin

Bismillahhirrahmaanir rahiim, Alhamdu lillaahi rabbil’aalamiin, Allaahumma shalli alaa sayyidinaa Muhammad, Thibbil quluubi wadawaaihaa, Wa’aafiyatil abdaani wa syifaa ihaa, Wanuuril abshaari wa dhiyaa ihaa, Waquutil arwaahi wagidzaa ihaa, Wa’alaa aalihi washahbihi wabaarik wa sallim,
Allaahummahfazh waladaha maa daama fii bathnihaa, Washfihii ma’a ummihi antasysyaafii laa syifaaa illaa syifaa uka syifaa an laa yugoodiru saqoman, Allaahumma shawwirhu fii bathnihaa shuurotanhasanatan, Watsabbit qolbahu iimaanan bika wabiraa suulika, Allaahumma akhrijhu min bathni ummihi waqta walaada tihaa sahlan wasaliiman, Aaamin, aamin aamin yaa robbal aalamin
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Ya Allah tambahkanlah kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW Sebagai pengobat dan penawar hatiku, penyehat dan penyegar badanku. Sebagai sinar dan cahaya pandangan mata. Sebagai penguat dan santapan rohani. Dan kepada keluarganya dan para sahabatnya berikanlah keberkahan dan keselamatan.
Ya Allah semoga Engkau lindungi bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya. Dan semoga Engkau memberikan kepada bayi dan ibunya Allah yang memberi kesehatan. Tidak ada kesehatan selain kesehatan Allah, kesehatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain. Ya Allah semoga Engkau ciptakan bayi ini dalam kandungan ibunya dgn rupa yg bagus Dan semoga Engkau tanamkan hatinya bayi ini iman kepada-Mu ya Allah dan kepada Rosul-Mu.
Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan bayi ini dari dalam kandungan ibunya pada waktu yg telah ditetapkan dalam keadaan yg sehat dan selamat. Aamin, aamin aamin yaa robbal aalamin Kabulkanlah doa kami, kabulkanlah doa kami.

Doa agar diberikan keturunan yang shaleh dan shalehah

  1. Ali Imran: 35-36
Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami’ul alim
Artinya:
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku manjadi hamba yang shaleh dan berkhidmat karena itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku mohon perlindungan untuknya dan keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau dari setan yang terkutuk.
  1. Ali Imran: 38
Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa
Artinya:
Ya Allah berikanlah kepadaku dari sisi-Mu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau adalah pendengar permohonan (doa)
  1. Ibrahim: 40
Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa
Artinya:
Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku.
Sumber : http://www.dailymoslem.com

Kawan Buat Bisnes Dah Bagi Harga 'Adik-Beradik' Kira Baik La, Ni Nak Lagi Diskaun Tak Masuk Akal


Kita lihat ramai sekarang ini orang yang mula berbisnes, yang mana ada daripada mereka menjalankan perniagaans ecara atas talian, tak kurang juga membuka kedai.

Dalam pada itu juga, kita sebagai rakan ingin menyokong perniagaan yang mereka jalankan, dan tak kisah untuk ‘promote’ apa yang rakan niagakan dalam media sosial kita.

Tapi, dalam tak sedar, kita telah menyebabkan perniagaan rakan tersebut mengalami sedikit kerugian, hanya disebabkan oleh sikap kita ini, seperti yang diluahkan oleh Intan Suraya ini.


HANYA ORANG YANG BERNIAGA SAHAJA TAHU UNTUNG RUGINYA MENIAGA 

Jangan lah awak tengok seseorang tu berniaga terus set dalam otak, haaa.. dia ni mesti banyak duit!!

Tahu tak awak satu perkara?

Berniaga bukan senang tau. Modal kena keluar dan tenaga pun kena kerah.

Lepas tu awak nak dapatkan keuntungan bukan sekelip mata macam gores dan menang ehhhh..

Awak cuma kira kesenangan dia tapi awak tak tahu kesusahan dia untuk dapatkan hasil. Penat tau.. Hari² kena promote, berbuih mulut bercakap, perah otak cari idea. Kalau online, sentiasa kena hadap phone, hadap laptop.

Dia kerja sendiri tak boleh sesuka hati nak cuti. Tak kerja takde la duit. Sakit² pun kena gagahkan juga buat kerja. Tapi kalau kerja makan gaji, dah tentu sah hujung bulan dapat duit walaupun ada MC. 

Saat orang lain dah lena tido, dia masih lagi bersengkang mata mencari rezeki. Kadang² sale kencang kadang² sale krik krik. Nangis dalam hati, awak apa tau?

Jadi.. Kalau awak bukan seorang peniaga, fahami lah bahawa keuntungan seorang peniaga untuk mendapatkan hasil yang banyak bukan semudah yang awak sangka! 

Kalau tak cukup duit nak rolling.. haa.. tu kedai pajak atau Ar Rahnu tempat persinggahan dia. Dia la bos dan dia juga kuli.

Jangan tengok ehh banyak duit pergi bercuti, banyak duit pakai baju lawa².. Helloooo!! Itu reward untuk diri sendiri sebab dah bekerja keras 

Awak tak tahu dia menjadi bangla untuk bisnes sendiri macam mane..

Akhir kata, kalau kawan² bisnes jangan la minta diskaun yang tak masuk akal. Kesian kat diorang. Dah bagi harga 'adik beradik' pun nak diskaun lagi sampai tahap harga borong. 

Awak ingat kawan awak tu buat bisnes untuk saje² buat amal jariah ke? So agak² la ye.. jangan tengok apa yang dia ada tapi lihat lah segala usaha dia. Sila hadam..

Support bisnes kawan - tak perlu minta diskaun. Tolong promote kalau awak sayang kawan awak. Tak semua peniaga tu hidup senang.

Sumber : Siakapkeli

Hukum Memotong Kuku Atau Rambut Ketika Haid Dan Nifas


Soalan:
Assalamualaikum wbt,
Apakah hukum memotong kuku atau rambut ketika haid dan nifas?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam isu ini, sememangnya ramai ulama yang terkemudian dalam mazhab Syafie menyebut dalam kitab-kitab mereka pendapat Imam al-Ghazali tentang larangan memotong kuku, rambut, atau mengeluarkan darah atau bahagian daripada tubuh, dalam keadaan berjunub. Berkata Imam al-Ghazzali dalam Ihya Ulumiddin (2/51):
“Dan tidak sepatutnya seseorang itu mencukur rambutnya, memotong kukunya, mencukur bulu ari-arinya, atau mengeluarkan darahnya, atau mengeluarkan satu bahagian daripada dirinya, sedang dia dalam keadaan dia berjunub. Ini kerana sekalian bahagian itu akan dikembalikan pada Hari Akhirat dalam keadaan berjunub lalu dikatakan kepada orang itu : “Sesungguhnya setiap bulu-bulu ini menuntut kepadanya atas keadaan janabah (atau kenapa ia dibangkitkan dalam keadaan hadas besar).”
Kenyataan ini dipetik sebagai faedah dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj oleh Imam al-Haitami (1/284), al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (1/70), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam Syams al-Din al-Ramli (1/229), Tuhfah al-Habib oleh Imam al-Bujairimi (1/247) dan lain-lain.
Berkata al-Bujairimi: “Pada (pendapat al-Ghazali) ini ada nazar (kritikan), kerana bahagian badan yang kembali kepada jasad seseorang itu adalah berdasarkan keadaannya sewaktu mati, bukannya sekalian kukunya yang telah dipotong selama umurnya, bukan juga rambut, maka pendapat ini perlu dirujuk kembali. Al-Qalyubi juga menyatakan bahawa kerana kalau dikembalikan kepada seseorang itu akan sekalian kuku dan rambut itu pada jasadnya nescaya akan buruklah rupanya dek kerana panjang kuku dan rambut itu. Manakala al-Madabighi pula berkata bahawa dikembalikan sekalian juzuk badan itu yakni bahagian yang asal sahaja seperti tangan yang terpotong, bukannya rambut atau kuku... Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Setiap seorang daripada manusia akan bangkit dalam keadaan yang dia mati kemudian apabila masuk syurga mereka akan jadi tinggi (seperti saiz Nabi Adam AS.).”
Berdasarkan keterangan ini, kami berpendapat bahawa perbuatan mencukur dan memotong rambut, atau memotong kuku, sewaktu haid bukanlah haram. Tambahan lagi, kenyataan Imam al-Ghazali itu jika dilihat konteks perbincangannya di dalam kitab al-Ihya lebih kepada situasi berjunub disebabkan jimak yang boleh dipendekkan waktu hadas besarnya, bukan bagi haid atau nifas. Ini kerana waktu haid dan nifas agak panjang dan mungkin menyukarkan kaum wanita untuk berhati-hati terhadap setiap rambut yang gugur dan kuku yang dipotong. Begitu juga Imam al-Ghazali menggunakan sighah لا بنبغي  yang lebih bermaksud “tidak sepatutnya”. Ini lebih menunjukkan kepada larangan bersifat makruh dan bukan haram.
Sekalipun kami berpendapat tidak makruh atau haram, terpulang kepada orang ramai untuk mengambil langkah keluar daripada khilaf kerana ini soal peribadi. Begitu juga jika ada yang ingin menyimpan kuku dan rambut yang terputus sewaktu haid dan nifas kemudian dimandikan apabila sudah suci. Semoga Allah Taala menerima amalan kita dan menjadikan kita dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat-Nya.
Wallahua’lam.

Mengemas Rumah Tugas Suami Atau Isteri ?


Soalan:
Adakah tugas mengemas rumah dan memasak itu menjadi tanggungjawab suami atau isteri?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan yang ditanya.
Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak. yakni suami dan isteri, adalah amat penting. Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan. Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkorban untuk suaminya. Dengan sebab itu, akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.
Al-Qur’an sendiri telah mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik samada daripada sudut adat dan yang lebih penting lagi berlandaskan syariat. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Jumhur ulama’ berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya. 
Walaupun begitu, dalam mazhab Maliki wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu. Lihat al-Syarh al-Kabir dan Hasyiah al-Dusuki (2/510).
Sedangkan mazhab Hanafi pula berpendapat jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap. Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya. Hujahnya adalah Rasulullah SAW membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah. Lihat Fath al-Bari (9/507).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu’asirah (terj.) 3/144 menyebut, “Perkhidmatan khadam merupakan salah satu bentuk pergaulan yang baik (kepada isteri). Tidak wajib mendapatkan khadam lebih daripada satu kerana haknya adalah khidmat dirinya sendiri.”
Berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan para isteri amat perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.
Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam. Hal ini tidak pelik dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang berkorban untuk para suami dan keluarga mereka.
Dalam Raudhah al-Nadiyyah oleh Sayyid Siddiq Hasan Khan menyebut: “Ia berbeza mengikut tempat dan masa, keadaan seseorang individu. Nafkah di masa mewah dengan cara baik dan di waktu ekonomi meleset dengan cara yang sepatutnya.”
Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.
Justeru, kami katakan bahawa dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati. Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing. Akhir kalam kami berdoa kepada Allah sebagaimana dinyatakan
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Wallahua'lam 

Tatacara Solat Sunat Taubat Menurut JAKIM


Soalan:
Bagaimanakah cara solat taubat yang betul ?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Di antara rahmat Allah S.W.T kepada para hamba-Nya adalah dengan memberikan peluang dan ruang untuk mereka kembali kepada-Nya setelah melakukan maksiat dan dosa. Pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja yang mencarinya.
Taubat berasal dari perkataan تاب إلى الله توبا  iaitu kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali. Ia juga membawa maksud meninggalkan maksiat. Manakala istitabah membawa erti meminta seorang untuk bertaubat. Rujuk Basooir Zawi Al-Tamyiiz (2/304).
Manakala dari sudut istilah, taubat adalah sebagaimana yang didefinisikan oleh Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah: Sesungguhnya taubat itu adalah suatu ibarat terhadap penyesalan yang mewariskan keazaman dan kehendak (untuk meninggalkan dosa), serta penyesalan tersebut mewariskan ilmu bahawa maksiat-maksiat itu merupakan penghalang di antara seseorang itu dengan kekasihnya. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (14/192).
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq R.anh beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ ‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ
Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini:
 وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Surah Aali Imran: 135]
Riwayat Abu Dawud (1521)
Berdasarkan hadis di atas, baginda Nabi S.A.W memberikan suatu cara untuk seseorang yang telah melakukan dosa itu membersihkan diri mereka dari perbuatan tersebut. Iaitu dengan cara mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat dan dituruti dengan istighfar kepada Allah S.W.T.
Kata al-Syeikh Mulla ‘Ali Al-Qari Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini: Yang dimaksudkan dengan beristighfar di dalam hadis ini adalah taubat yang berterusan dan berhenti dari melakukan maksiat tersebut seerta berazam untuk tidak kembali melakukannya buat selamanya. Rujuk Al-Mirqaat Al-Mafatiih, Mulla ‘Ali Al-Qari (3/988).
Tatacara Solat Taubat
Berikut kami kongsikan beberapa cara dalam melakukan solat taubat berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih daripada Nabi S.A.W. Seseorang yang ingin mengerjakan solat taubat perlulah:
  • Mengambil wuduk dengan sempurna.
Dalam erti kata lain dengan meraikan perkara-perkara wajib dan sunat ketika wuduk. Sebahagian ulama lain menterjemahkan perkataan bersuci di dalam hadis tersebut sebagai mandi, dan mandi dengan air yang sejuk itu adalah lebih sempurna. Ini berkemungkinan diambil daripada sabda Nabi S.A.W:
اللهم اغسل خطاياي بالماء والثلج والبرد
Maksudnya: Ya Allah, basuhkanlah dosa-dosaku dengan air, salji, dan kesejukan.

Kata Syeikh ‘Ali Al-Qari: Pada hadis tersebut isyarat kepada menyejukkan jantung hati daripada kepanasan hawa nafsu. Rujuk Al-Mirqaat Al-Mafatih (3/988).
Kami lebih cenderung bahawa bersuci di dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada berwuduk. Ini berdasarkan siyaq al-hadis (konteks hadis) yang menunjukkan bersuci itu datang sebelum menunaikan solat.
  • Menunaikan solat dua rakaat.
Inilah yang masyarakat kita namakan sebagai solat sunat taubat, walaupun tidak dinyatakan penamaan ini di dalam hadis. Manakala berkenaan apakah yang perlu dibaca di dalam solat, terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Al-Sunni yang mengatakan supaya dibaca surah Al-Kafirun dan juga surah Al-Ikhlas. Demikian juga boleh untuk dibaca ayat yang terdapat di dalam hadis tersebut iaitu ayat ke-135 dari surah Aali Imraan, ataupun ayat yang berikut:
وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan suatu keburukan atau dia menzalimi dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah nescaya dia akan mendapati bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Al-Nisaa: 110]
Inilah surah-surah atau ayat yang boleh dibaca semasa solat sunat taubat, dan kami berpandangan bahawa boleh juga untuk dibaca surah-surah atau ayat-ayat lain yang mudah untuk dibaca oleh seseorang yang mengerjakan solat sunat ini. Berdasarkan keumuman firman Allah S.W.T:
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya: Dan bacalah kalian apa yang mudah daripada al-Quran. [Surah Al-Muzzammil: 20]

  • Beristighfar kepada Allah S.W.T
Sesudah seseorang itu selesai menunaikan solat sunat taubat, hendaklah dia melazimi dan memperbanyakkan istighfar kepada Allah S.W.T. Kami berpandangan bahawa hal ini adalah berdalilkan firman Allah S.W.T:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka, maka mereka mengingati Allah lalu beristighfar ke atas dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka tidak berterusan terhadap apa yang telah mereka lakukan dalam keadaan mereka mengetahui. [Surah Aali Imraan: 135]
Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’, ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah S.W.T. Iaitu seseorang itu menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.
Kesimpulan
Akhir kalam, semoga dengan penjelasan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin. Semoga Allah S.W.T menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat. Ameen.

Sumber :muftiwp