Adakah Benar Perempuan Nampak Lebih Cepat Tua Berbanding Lelaki???



Jika kita perhatikan, rata-rata terbukti bahawa ternyata wanita itu lebih cepat terlihat tua daripada lelaki.

Walaupun usia lelaki lebih tua daripada wanita, tetapi lelaki akan tampak lebih muda.

Mengapa hal ini boleh terjadi?
Ternyata, ada 5 perkara yang menjadi faktor mengapa wanita lebih cepat tua daripada lelaki. Ini dia sebabnya...

1. Wanita lebih mudah stres.
Wanita memang lebih mudah mengalami stres jika dibandingkan dengan lelaki. Oleh sebab beban pemikiran seorang wanita itu jauh lebih banyak dari segi pekerjaan, hidup rumah tangga mahupun rakan. Itu lumrah.

Seorang wanita selalu sahaja memiliki fikiran yang tidak jelas yang dapat membuatkan dirinya itu penat. Selain mudah stres, wanita juga cenderung lebih banyak menyimpan rahsia daripada melepaskan sahaja belenggu rasa berbanding lelaki.

Hal tersebutlah yang dapat dijadikan alasan kenapa wanita cepat tua dibandingkan lelaki. Untuk mengatasinya tentu sahaja, seorang wanita haruslah cuba untuk menghindari rasa stres tersebut, dengan berfikiran lebih terbuka terhadap apa jua masalah yang dihadapinya.

2. Efek dari menopause.
Saat usia wanita semakin meningkat, maka hormon estrogen yang dirembeskan akan semakin berkurang. Sehingga tingkat hormon estrogen akan semakin menurun dan mengalami proses yang tidak asing lagi iaitu, monopouse.

Fungsi dari hormon estrogen sendiri adalah sebagai hormon yang dapat membuatkan kulit wanita terlihat lebih sihat sehingga akan tampak lebih bersinar. Jika hormon estrogen dalam tubuh itu makin menurun, maka kulit wanita akan tampak kurang anjal, kusam dan tidak segar seperti usia muda.

3. Kelenjar minyak lebih sedikit jika dibandingkan dengan lelaki.Tahap kelenjar minyak yang terdapat di dalam tubuh, cukup mempengaruhi kenapa wanita cepat tua dibandingkan lelaki. Kelenjar peluh yang terdapat pada perempuan lebih sedikit dibandingkan lelaki. Sehingga perempuan akan lebih cepat mengalami kadar penuaan.

Kelenjar perpeluhan memiliki fungsi untuk menghasilkan minyak di mana dapat membuat kulit tampak lembap dan pembuluh darah membantu mengalirkan darah ke organ tubuh sehingga dapat mencerahkan kulit.

Namun, jika kelenjar peluh sangat sedikit, maka sedikit pula kesempatan kulit wanita untuk terlihat lebih cerah dan lembap. Kelenjar minyak yang dapat membantu melembapkan dan mencerahkan kulit adalah kelenjar minyak yang berada pada bahagian mulut dan mata.

4. Tahap kematangan.

Tahap kedewasaan juga menjadi faktor utama yang membuat kenapa wanita cepat tua dibandingkan lelaki. Wanita cenderung lebih cepat mencapai masa kedewasaan dibandingkan seorang lelaki.

Salah satu faktor yang menjadikan wanita lebih cepat dewasa adalah daripada himpunan pengalaman hidup dan situasi di dalam kehidupan sehari-hari.

5. Kurang melakukan pergerakan.
Dengan kurangnya bergerak, maka dapat membuat seorang menjadi tampak lembik, lesu dan letih. Kita ketahui bahawa wanita cenderung jarang bergerak seperti melakukan senaman olahraga atau bersenam. Bukan semuanya, tapi majoriti kurang melakukan aktiviti riadah kerana sudah terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian di ofis dan juga kerja-kerja di rumah.

Oleh itu, kepada para wanita di luar sana, jika ingin berumahtangga kelak, kalau boleh, pilihlah bakal suami yang bukan seusia.

Sumber:  Hijabista


EmoticonEmoticon