Fadhilat Surah Al Insyirah Yang Teristimewa Untuk Semua Kaum IBU

Image result for Fadhilat Surah Al Insyirah Yang Teristimewa Untuk Semua Kaum IBU



Biasanya kita mendengar ayat ini dibacakan serta diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara, menjinakkan anak yang degil dan nakal dan turut menerangkan hati sesiapa sahaja untuk memudahkan menerima setiap pelajaran yang dipelajari.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Image result for surah insyirah
  1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk?)
  2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
  3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
  4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
  5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
  6. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
  8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Rupa-rupanya sangatlah luas fadhilatnya, terutama kepada kaum ibu yang mudah penat dan letih kerana membuat berbagai jenis kerja rumah tanpa henti. Semakin usia meningkat, berbagai jenis penyakit yang akan hinggap dan biasanya adalah sakit di bahagian pinggang yang menyebabkan aktiviti harian terbantut kerana menanggung kesakitan.
Jadi, sebagai cara untuk menghindari diri dari sakit pinggang atau untuk menyembuhkannya., dengan diiringi doa serta izin Allah SWT. Insha Allah, penyakit tersebut akan sembuh dengan serta merta jika dikehendaki-Nya.
Caranya adalah dengan membaca ayat ketiga dari Surah Al Insyirah sambil menampung tanggan seperti berdoa dan ulanginya sebanyak tiga kali. Tiup pada tangan tadi dan tepuk pada pinggang dan punggung sambil berdoa kepada Allah SWT supaya dilindungi atau disembukan sakit pinggang yang dialami itu.
Tapi mama tepuk semua bahagian, habis kepala lutut, buku lali, tapak kaki dan nak dikatakan seluruh badan mama tepukkan. Minta Allah SWT jauhkan sebarang penyakit yang akan melemahkan kesihatan badan.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT ringan rasa badan terutama ketika bangun pagi. Sebelum ini kalau nak bangun mama terpaksa buat kuda kuda dulu baru boleh bangun dengan berat badan sebegini, kusss semangat nak angkat badan.
Manakala ayat ke 4 dari surah Al Insyirah pula, untuk menyerikan wajah para isteri apabila dipandang suami. Caranya dengan membaca ayat ke 4 sebanyak 7 kali, tiup pada tapak tangan dan sapu ke muka dengan doa kepada Allah SWT supaya suami pandang kita cantik jer tapi tak tanya hubby lawa ke muka mama ni, malu wehh. Jadi cukuplah dia sentiasa senyum dan beri kasih sayang.
Wallahualam.
Mama dapat info ini dari Tanyalah Ustaz TV9, masa itu Ustaz Muhammad Hanafiah Abdul Malek membentangkan isu tentang Wanita Dominan.
Kat bawah ni adalah fadilat surah Al Insyirah yang mama dapat melalui copy and paste untuk dikongsi dan menjadi koleksi peribadi.

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al Insyirah

Antaranya:
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. Insya Allah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insya Allah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.
Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut :
“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”.
Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
8. Surah ini jika dibaca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 kali setiap terbit matahari, insya Allah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut-turut, insya Allah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.
Sumber : https://mediamaklumat.com

Dilarang Nabi Saat Berdoa, Tapi Banyak Diamalkan Umat Akhir Zaman

Image result for Dilarang Nabi Saat Berdoa, Tapi Banyak Diamalkan Umat Akhir Zaman



Berdoa sebagai salah satu jenis bahkan inti ibadah memiliki serangkaian aturan, kaidah, dan juga rahasianya. Melanggar kaidah dengan atau tanpa sengaja merupakan salah satu sebab tidak terkabulnya doa.

Salah satu larangan yang sering dikerjakan oleh sebagian kaum Muslimin ialah berdoa dengan menggunakan sajak atau kata-kata yang indah. Hal ini sebagaimana diterangkan oleh Syeikh Abu Bakar Al-Thurthusy Al-Andalusi dalam kitabnya Al-Ma’tsurat.

“Banyak orang yang beranggapan bahwa kalimat doa harus mengandung sajak dan kata-kata indah. Lantaran hal tersebut, mereka mengacu pada keindahan dan kefasihan bahasa dan kata-kata.” terang Syeikh Abu Bakar dalam bab ke-13, Memilih Redaksi Doa.



Akibatnya marak doa-doa berupa sajak layaknya syair, puisi, dan sejenisnya. Hingga tak sedikit yang berlomba-lomba dalam membaguskan redaksi doa dengan kalimat-kalimat indah sesuai dengan harapannya.

“Akhirnya doa menjadi paduan kata-kata indah yang bersajak. Mereka saling berlomba dalam menghadirkan kalimat doa yang indah tersebut.” lanjut Syeikh Abu Bakar.

Meski marak, hal ini merupakan perbuatan yang terlarang.

“Hanya saja, hal itu (berdoa dengan redaksi bersajak) terlarang.” pungkasnya.

Sebagai dalilnya, Syeikh Abu Bakar menyebutkan doa-doa yang dipanjatkan oleh para Nabi sebagaimana termaktub di dalam Al-Qur’an, hadits-hadits shahih, juga doa yang dipanjatkan oleh orang-orang shalih terdahulu.

Mereka memberi contoh redaksi doa dengan kalimat yang santun, langsung ke persoalan, dan dilengkapi dengan pujian kepada Allah Ta’ala serta pengakuan atas kelemahan diri.

Para Nabi dalam doanya kerap menggunakan kalimat Rabbi, Rabbanaa, dan Allahumma.

Riwayat lain yang menegaskan terlarangnya penggunaan sajak dalam berdoa juga disebutkan dalam hadits Imam Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya.

“Perhatikanlah sajak dalam berdoa. Jauhi itu. Sungguh, aku mengetahui Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan para sahabatnya tidak melakukan itu.” tutur sahabat mulia ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhu.

Sahabat lain yang juga menyatakan hal ini adalah Zubayr bin Awwam. Suatu hari, beliau kedatangan tamu yang menanyakan tentang kalimat doa. Kepada laki-laki itu, Zubayr melarang menggunakan kalimat tersebut untuk berdoa.

“Mereka telah berbohong. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan para sahabatnya bukanlah orang yang suka bersajak (dalam berdoa).”


Adalah bagian dari iman kepada Nabi ketika kita berup aya mempercayai semua ajaran dan contoh dari mereka, termasuk dalam redaksi doa.

Sumber : http://islamitupilihanku.blogspot.my

7 Sunnah Mudah Dilakukan Tetapi Ramai Yang Alpa

7 Sunnah Mudah Dilakukan Tetapi Ramai Yang Alpa

Image result for 7 Sunnah Mudah Dilakukan Tetapi Ramai Yang Alpa



Indahnya hidup ini bila kita mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Diamalkan pula pada setiap hari. Semoga kita yang menamalkan sunnah sentiasa mendapat reda Allah dan juga syafaat Nabi.
Pasti ramai yang sudah tahu dengan 7 sunnah yang ingin disampaikan. Tetapi mungkin disebabkan ia kelihatan remeh dan kecil, jadi kita alpa dan meninggalkannya. Akhirnya, sunnah mudah ini tidak terlaksana.
Jadi mari kita ketahui 7 sunnah tersebut. Moga artikel ini membuka minda kita untuk mengamalkan sunnah yang mudah ini. Insyaallah.

#1 – Berjalan Ke Masjid Dengan Sopan Dan Tenang

“Apabila kamu mendengar Iqamah, hendaklah kamu berjalan bagi bertujuan solat dan hendaklah kamu berjalan dengan sopan dan tenang.”Riwayat Bukhari dan Muslim
Apabila terdengar suara Iqamah, kita janganlah tergopoh-gapah memasuki masjid.
Berjalanlah dalam keadaan tenang. Supaya ibadat solat kita dikerjakan dalam keadaan tenteram dan aman.
Begitu jugalah apabila Imam sudah memulakan solat. Kita tidak seharusnya kelam-kabut sehingga boleh menganggu jemaah yang sedang bersolat kerana bunyi hentakan kaki kita yang deras akibat berjalan pantas.

#2 – Solat Sunat Tahiyatul Masjid

“Apabila kamu memasuki masjid janganlah kamu duduk sebelum kamu solat dua rakaat.”Riwayat Bukhari dan Muslim
Antara sunnah Nabi yang mudah adalah solat sunat tahiyatul masjid. Hanya dua rakaat sahaja.
Solat dua rakaat ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan memuliakan masjid sebagai tempat ibadat yang suci.
Imam Syafie berkata;
“Solat sunat tahiyatul masjid diharuskan sekalipun ketika waktu-waktu yang diharamkan solat.”
Tidak sampai beberapa minit pun. Ayuh, selepas ini sebelum duduk di masjid, kita solat sunat tahiyatul masjid ini terlebih dahulu.

#3 – Memberikan Senyuman

“Janganlah kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikitpun sekalipun ketika kamu bertemu saudara kamu dengan menunjukkan wajah yang manis.”Riwayat Muslim
Senyum antara sunnah yang senang dilakukan. Senyum juga mempunyai banyak manfaatnya.
Senyum dapat mengurangkan stress, dapat menjadikan kita awet muda, juga dapat menurunkan tekanan darah dan banyak lagi.
Itulah kelebihan daripada mengamalkan sunnah yang begitu mudah ini. Nampak kecil tetapi kelebihanmya cukup besar. Subhanallah, betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T.
Masih malas lagi kah kita untuk mengamalkan sunnah ini? Ayuh mudah sahaja!

#4 – Berjimat Dalam Mengambil Wuduk

“Rasulullah S.A.W berwuduk dengan menggunakan air dengan kadar secupak.”Muttafaqun Alaih
Kita tidak terlepas daripada melaksanakan ibadah taharah(bersuci) ini. Setiap hari kita akan mengerjakan solat fardu. Dan sebelum solat, kita diwajibkan berwuduk.
Maka, sunnah berjimat dalam menggunakan air untuk berwuduk ini hendaklah kita lakukan.
Berwuduk itu sudah baik dan ia lebih baik apabila kita tidak membazirkan penggunaan air tersebut.
Amalan membazir perlulah dijauhi. Kerana berbazir adalah amalan syaitan.

#5 – Merebut Ganjaran Saf Solat Yang Pertama

“Sekiranya manusia mengetahui kelebihan melaungkan azan dan saf pertama nescaya mereka akan mendapatkannya sekalipun dengan cara membuat undian untuk mendapatkannya.”Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim
Sunnah ini juga mudah bagi kita untuk mengamalkan. Terutamanya ketika kita solat berjemaah di masjid atau pun surau.
Isilah saf yang di hadapan sekali. Jangan dibiarkan kosong. Seperti sabda Nabi di atas, jika kita tahu akan kelebihannya pasti kita akan merebut untuk berada di saf yang pertama, walaupun dengan cara mengundi.
Sunnah ini besar ganjarannya, jadi janganlah meninggalkannya jika kita mampu mengerjakannya.

#6 – Berkata Dengan Ucapan Yang Baik

“Ucapan atau kata-kata yang baik itu adalah sedekah.”Riwayat Bukhari dan Muslim
Berkata baik itu bukan hanya berzikir semata-mata, tetapi memberi ucapan salam juga adalah antara kata-kata yang baik. Memuji kebesaran ciptaan Allah S.W.T itupun berkata baik.
Berkata baik ini dapat menimbulkan ketenangan dalam jiwa.
Berbanding dengan ucapan yang penuh dengan emosi, perasaan marah dan benci. Ia mengundang keresahan dan kegelisahan di dalam hati.
Berkata baiklah. Kerana ia juga akan dicatat oleh dua malaikat.

#7 – Mengambil Suapan(Makanan) Yang Terjatuh

“Apabila makanan yang disuapkan terjatuh, maka hendaklah kamu ambil semula dan buangkan kekotoran yang ada padanya kemudian hendaklah kamu makan.”Riwayat Muslim
Ketika kita menjamah makanan, kadang kala ada juga sebutir dua cebisan makanan yang terjatuh dari pinggan. Makanan yang terjatuh itu tidak sepatutnya dibiarkan.
Kita perlulah mengambilnya semula. Jika ada kekotoran kecil, kita bersihkannya dan boleh dimakan lagi.
Sunnah ini kelihatan kecil, tetapi ia menunjukkan satu adab yang baik ketika kita sedang makan.
Amatlah digalakkan kita untuk mengamalkan sunnah ini apabila ada makanan yang terjatuh. Agar tidak mensia-siakan rezeki Allah yang sangat bernilai ini.
Kesimpulannya, kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W seharusnya dan semestinya kita mengamalkan cara hidup kekasih teragung ini.
Jangan menyalahkan masa, kerana sunnah Nabi ini cukup mudah dilaksanakan. Jangan memberi alasan payah, kerana sunnah Nabi ini mudah dan indah.
Sementara hidup masih berbaki ini, amat beruntunglah mereka yang bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah.
Cukup bahagia mereka yang cintakan sunnah nabi. Kenapa bahagia? Kerana sunnah Nabi itu tidak pernah sia-sia. Ia ada kelebihan tersembunyi di dalamnya. Waallahua’lam.
Sumber : tazkirah.net

Bersabarlah, Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa-dosa Manusia.

Image result for Bersabarlah, Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa-dosa Manusia.



Bersabarlah, Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa-dosa Manusia.









Dalam hidupnya, manusia tidak pernah luput dari kesusahan. Tidak selamanya hal-hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan manusia. Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal-hal yang tidak menyenangkan dalam hidupnya sebagai pembelajaran.

Bahkan para Nabi pun diuji dengan berbagai macam cobaan. Dari banyaknya kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT, terdapat 5 jenis ujian yang boleh mneghapuskan dosa-dosa yang dilakukan manusia.

Apa 5 jenis kesusahan tersebut?

Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan menimpa muslim sakit, keletihan, kebimbangan, gangguan, kesedihan dan duka hingga duri yang mengenai dirinya. Kecuali Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. "

Berikut ini 5 kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT untuk menghapuskan dosa manusia:

1. Keletihan

Keletihan adalah kesusahan yang pertama yang akan diberikan oleh Allah SWT. Keletihan ini biasanya terjadi pada seseorang yang bekerja tanpa berehat. Dia akan merasakan keletihan yang berat. Kerana merasa lelah, dia sukar untuk melakukan aktiviti yang lain.

Tetapi percayalah bahawa Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu jika seorang hamba dapat mengatasi keletihan yang dihadapinya. Setiap keringat yang dikeluarkan akan bernilai ibadah bagi Allah SWT.

2. Sakit

Kesusahan lain iaitu merasakan sakit. Setiap manusia pasti pernah merasakan sakit dalam hidupnya walaupun hanya sekali. Rasa sakit yang dianugerahkan oleh Allah SWT terasa amat menyeksa.

Nabi shallallahu 'alihi wa sallam bersabda, "Setiap muslim yang terkena musibah penyakit atau yang lain, pasti akan hapuskan kesalahannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya" (HR. Al-Bukhari no. 5661 dan Muslim no. 651)

Dalam hadis yang lain, Nabi

shallallahu 'alihi wa sallam bersabda, "Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau sesuatu perkara yang lebih berat dari itu melainkan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosanya kerananya." (HR. Muslim no. 2572)

Bergembiralah saudaraku, bagaimana tidak, hanya kerana sakit tertusuk duri saja dosa-dosa kita terhapus. Kerana boleh jadi dengan penyakit ini kita akan bersih dari dosa bahkan tidak mempunyai dosa sama sekali, kita tidak punya timbangan dosa, kita menjadi suci sebagaimana anak yang baru lahir.

Rasulullah SAW juga bersabda, "Cubaan akan sentiasa menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada anaknya atau pada hartanya, sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikitpun." (HR. Ahmad)

Hadits ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai penyakit kronik yang tidak boleh diharapkan kesembuhannya dan vonis doktor mengatakan umurnya tinggal hitungan minggu, hari bahkan jam. Ia bimbang penyakit ini menjadi sebab kematiannya. Hendaknya ia bergembira, kerana boleh jadi ia menghadap Allah suci tanpa dosa. Ertinya syurga telah menunggunya.

Jadi bersabarlah dan jangan mengeluh dengan penyakit yang diberikan Allah, kerana sakit adalah ujian dan dosa-dosa kita akan digugurkan olehNya. Kerana itu, tetap tabah ketika sakit dan terus mencari penawarnya.

3. Kebimbangan

Kesusahan selanjutnya adalah rasa bimbang. Kebimbangan tersebut perlu diatasi dengan baik. Jika tidak, akibatnya fatal. Serahkanlah semua urusan kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita perlu berusaha dan berdoa. Hasilnya biarlah Allah SWT yang menetapkan. Jadi, hati manusia menjadi lebih tenang kerana segala yang diberikan oleh Allah SWT adalah yang terbaik.

4. Gangguan

Kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT lain iaitu muncul gangguan-gangguan dalam kehidupan. Gangguan ini boleh datang dari pelbagai sisi. Di saat kita melakukan perkara yang baik, ada saja gangguan yang menghalang. Jika kita boleh yakin dan bersabar, dosa-dosa kita akan gugur.

5. Kesedihan

Setiap manusia tentunya mendambakan kehidupan yang menyenangkan, penuh ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan. Tidak ada satu orang manusia pun yang ingin merasakan kesusahan di dalam hidupnya.



Tetapi mustahil hidup manusia penuh dengan kesenangan. Dan Allah SWT memberikan kesedihan kepada manusia untuk menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu. Jika kesedihan ini ditangani dengan bijak dan kesabaran maka dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT.

Sumber : http://islamitupilihanku.blogspot.my

15 tanda - tanda SIFAT MUNAFIQ YANG MUNGKIN ADA PADA KITA. NAUZUBILLAH

15 tanda - tanda SIFAT MUNAFIQ YANG MUNGKIN ADA PADA KITA. NAUZUBILLAH

Image result for 15 tanda - tanda SIFAT MUNAFIQ YANG MUNGKIN ADA PADA KITA. NAUZUBILLAH



Menurut Al-Quran, orang munafiq itu mulutnya mengakui beriman, mengakui adanya Allah dan menerima bahawa Nabi Muhammad itu utusanNya. Namun hatinya tidak ikhlas, timbul keragu-raguan dan dalam diam-diam dia sebenarnya menolak pengakuan itu. Amalannya nampak baik, ibadahnya nampak rajin tetapi hatinya merasa berat. Firman Allah SWT: “Dan sebahagian dari manusia ada yang berkata: “Kami percaya kepada Allah dan Hari Kemudian, padahal tidaklah mereka orang-orang yang beriman” (Al-Baqarah: 8). Kepura-puraan memang dapat menipu orang-orang beriman tetapi tidak mungkin dapat memperdayakan Allah. Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang kita lahirkan (ucapkan /kerjakan) dan apa yang kita sembunyikan didalam hati. Terhadap orang-orang munafiq ini Allah menganggap hati mereka itu terdapat penyakit, dan Allah akan menambah penyakit itu. Kerananya orang-orang munafiq mendapat ancaman berupa azab yang sangat pedih (Al-Baqarah: 10). Penyakit yang ada didalam hati orang munafiq ialah perasaan berbangga diri atau mengagumi dirinya sendiri, misalnya merasa lebih pintar dan sebagainya.

1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT

Konsep malas beribadah mencakupi apabila seseorang malas mengerjakan solat,segan untuk menempatkan diri disaf pertama,enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkah untuk menghadiri majlis kebajikan.Pada zaman Rasulullah SAW orang-orang munafiq sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan. Firman Allah SWT:

 “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah SWT, sedang Allah SWT menipu mereka (membalas tipuan mereka). Apabila mereka berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah SWT, melainkan hanya sedikit”. (An-Nisa 142). 

Orang Munafiq jika datang ke masjid, dia akan memilih saf paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.

2. Lupa Kepada Allah SWT

Orang munafiq memiliki sifat kemunafiqan dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah SWT baik ketika senang atau susah. Firman Allah SWT: 

“Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu lupa mengingati Allah SWT. Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengikut syaitan itu orang yang rugi.” (Al-Mujadalah:19)

3. Melalaikan Solat Fardu

Melalaikan solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya. Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah SWT di akhirat kelak. Firman Allah SWT: 

“Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti-pengganti jahat, mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, sebab itu mereka menemui kejahatan (seksa) Allah SWT” (Maryam: 59)

Firman Allah SWT: “Maka celakalah (azab) bagi orang-orang yang solat, mereka itu lalai daripada solat, mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat” (Al-Ma’un:47). 

Firman Allah SWT: “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah SWT (solat). Barangsiapa berbuat demikian itu,maka orang yang rugi.” (Al-Munafiqun:9)

Sa’ad bin Abi Waqqas mengatakan: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang lalaikan solatnya, maka baginda bersabda’Maksudnya orang yang melambatnya” (HR.Tirmizi). 
Dalam Hadith lain Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya,maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti, sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya, dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti, bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun, Qarun, Haman, Ubaiy bin khalaf.” (HR.Ahmad dan Tabrani)

4. Mempercepatkan Mengerjakan Solat

Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah SWT, maka solatnya tidak diterima Allah SWT. Itulah solat orang-orang munafiq. Rasulullah SAW bersabda: 

“Itulah solat orang munafiq, lalu mempercepatkan empat rakaat” (HR.Muslim). 

Sabda Rasulullah SAW: “Pencuri yang utama itu ialah orang yang mencuri dalam solatnya. Lalu ada yang bertanya:”bagaimana caranya mencuri dalam solat?’Baginda bersabda:”Itulah orang yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud, dan bacaan di dalam solatnya.” (HR.Ahmad dan Hakim)

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah

Seseorang yang sihat daripada segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syari’, tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan, maka dia tergolong orang munafiq. Sabda Rasulullah SAW, “Tidak ada yang akan meninggalkan solat berjemaah, kecuali orang munafiq yang sudah diketahui kemunafiqannya.” (HR.Muslim)

6. Meninggalkan Solat Jumaat

Dalam islam solat Jumaat adalah wajib maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang yang munafiq. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa meninggalkan solat jumaat tanpa ada halangan atau bahaya, maka ia menjadi orang munafiq dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar.” (HR.Abu Dauh dan Nasa’i). Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan jemaah jumaat atau sungguh Allah SWT akan mematri hati mereka, kemudian mereka menjadi (munafiq) yang lalai.” (HR.Muslim)

7. Melakukan Dosa dan Kemungkaran Secara Sembunyi.

Orang yang berpura-pura melakukan kebaikan di tengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiad atau kemungkaran secara tersembunyi adalah orang-orang munafiq yang amat dibencikan Allah SWT. Firman Allah SWT: “Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Sedangkan ia beserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah SWT. Allah meliputi (pengetahuan-Nya) apa-apa yang mereka kerjakan. (An-Nisa’: 108)

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf.

Orang-orang munafiq inginkan segala perbuatan keji dan mungkar disebarkan di kalangan orang-orang beriman.Mereka menyuruh orang beriman berbuat mungkar dan melarang melakukan perkara yang makruf dengan tujuan untuk melemahkan kebenaran dan kemurnian ajaran Islam. Firman Allah SWT: “Orang-orang munafiq lelaki dan wanita, sesetengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang mungkar dan melarang berbuat makruf dan menggengam tangannya (bakhil). Mereka lupakan Allah SWT lalu Allah SWT melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafiq itu adalah orang fasik.” (Al-Taubah: 67)

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan.

Maksud menyembunyikan ilmu pengetahuan ialah orang-orang yang memiliki ilmu apabila ditanya orang lain sedangkan dia mengerti persoalan yang ditanyakan tetapi tidak menjelaskannya. Perbuatan ini akan menghalang kemajuan umat islam dalam segala bidang dan juga dapat menutup kebenaran. Firman Allah SWT:“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Kami turunkan di antara beberapa keterangan dan petunjuk setelah Kami terangkan kepada manusia dalam kitab, nescaya mereka itu dikutuk Allah SWT dan dikutuk oleh orang-orang yang mengutuknya.’ (Al-Baqarah: 159). Firman Allah SWT: “Ingatlah ketika Allah SWT mengambil janji orang-orang ahli kitab: Hendaklah kamu terangkan kitab kepada manusia dan janganlah kamu sembunyikannya, lalu mereka lemparkan perjanjian itu di belakang punggungnya (tidak tepati) dan mereka jual perjanjian itu dengan wang yang sedikit. Maka amat jahat apa yang mereka jual itu.” (Ali-Imran: 187)

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, maka di hari kiamat nanti dia akan dikendalikan dengan kendali api neraka.” (HR.Ata’). Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda:’Barangsiapa menuntut ilmu sedang ia tidak mahu mengamalkannya, nescaya ilmunya tidak akan bertambah melainkan kesombongan belaka.”(HR.Tirmizi dan Ibnu Majah)

10.Mengamalkan Riak.

Riak adalah perbuatan orang munafiq yang tersembunyi didalam hati, perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu. Menutut Imam Al Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan. Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah Wajhah berkata orang yang bersifat riak itu ada tiga tanda, iaitu malas apabila bersendirian, rajin apabila berada dikhalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela. Dalam islam perbuatan riak tergolong syirik kecil, merosakkan amal kebajikan, meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT. Firman Allah SWT: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang solat,yang mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat (Al-Ma’un: 47).”Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.” (Al-Baqarah: 264)

Rasulullah SAW bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat. “Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah SAW?” Kemudian baginda SAW bersabda: “Iaitu riak.”” (HR.Ahmad dan Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat.’Hai orang yang zalim, Hai orang yang menyeleweng, Hai orang yang berbuat riak, amalanmu sesat dan pahalamu sia-sia. Pergilah, maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya.” (HR.Ibnu Abid Dunya)

11. Hasad Dengki

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya. Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Dengan demikian sifad hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Dalam islam sifad hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafiq. Firman Allah SWT: "Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?" (An-Nisa': 54). Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Firman Allah SWT: "Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan." (HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy'ari)

Dalam islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada dengki selain daripada dua perkara,iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah SWT lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah SWT lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia." (HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)

12. Dusta

Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan yang sebenarnya. Perbuatan dusta adalah amalan orang munafiq dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya, bahkan dikutuk oleh Allah SWT dan dibenci oleh manusia. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah SWT dan mereka itulah orang-orang pendusta." (An-Nahl: 105). Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafiq yang pandai lidahnya."(HR.Abu Ya'la)

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan." (HR.Muttafaq 'Alaih). Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafiq." (HR.Ibnu 'Adi). Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafiq itu ada tiga:Apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat." (HR.Muttafaq Alaih) Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah SWT dan tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta." (Al-Mukmin/Ghafir: 28). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar." (Az-zumar: 3)

13 Mungkir Janji

Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain.Oleh,itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu." (Al-Maidah: 1). Firman Allah SWT: "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya." (Al-Isra': 34). Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak, amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan. Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafiq. Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini, maka ia termasuk orang munafiq yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya, maka bererti ia terjangkit sifat kemunafiqan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut, apabila ia berbicara ia berdusta, apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri." (HR.Bukhari dan Muslim)

14. Bakhil

Bakhil adalah merupakan sifat yang tercela dan dibenci dalam islam malah ianya tergolong sebagai perbuatan orang munafiq. Bakhil bermaksud seseorang merasakan sayang terhadap apa yang dimiliknya untuk diberikan kepada orang lain. Sebahagian ulama menyifatkan bakhil itu sebagai keinginan yang diharapkan oleh seseorang untuk mendapatkan apa yang ada ditangan orang lain. Orang yang mengamalkan sifat bakhil akan menyebabkan hilangnya rasa tanggungjawab sosial kerana terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menyisihkan sebahagian harta dari dimaanfaatkan oleh masyarakat, enggan membayar zakat. Perbuatan ini amat dikutuk dalam islam. Firman Allah SWT: "Dan janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang diberikan Allah SWT kepada mereka menyangka bahawa kebakhilan itu lebih baik bagi mereka. Tetapi kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka,harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan di lehernya pada hari kiamat." (Ali Imran: 180) Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah terhadap kezaliman, sesungguhnya kezaliman itu kegelapan di hari kiamat. Takutlah terhadap bakhil, sesungguhnya bakhil itu menghancurkan umat-umat sebelum kamu, ia membawa kamu untuk menumpahkan darah mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan ke atas mereka." (HR.Muslim dari Jabir r.a). "Dua pekerti tiada pada seseorang mukmin iaitu bakhil dan buruk pekerti." (HR.Ahmad). Islam tidak melarang umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin denagn jalan yang baik dan halal untuk kerperluan hidup malah disyaratkan pula menghulurkan bantuan secara ikhlas atas kelebihan hartanya pada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT: "barang siapa yang memelihara dirinya daripada bakhil,maka itulah orang yang berjaya." (Al-Hasyr: 9)

15. Fitnah

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya. Fitnah boleh berlaku dimana-mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati, kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor. Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafiq boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya daripada melakukan kebajikan. Firman Allah SWT: "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebar fitnah, banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." (Al-Qalam: 10-12). Firman Allah SWT: "Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah SWT tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta." (Al-Baqarah: 10)

Perbuatan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan. Firman Allah SWT: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (Al-Baqarah:191). Firman Allah SWT: "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al-Baqarah: 217). Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat daripada murka Allah SWT. Justeru itu,perbuatan fitnah antara sesama muslim akan mendapat balasan yang buruk dariapda Allah SWT didunia dan akhirat. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman, berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan abgi azab yang besar." (An-Nur: 23). Sabda Rasulullah SAW: "Seburuk-buruk hamba Allah SWT iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang orang baik."(HR. Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah). Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya denagn fitnah yang dibawa atau diterima. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq yang membawa berita (fitnah) maka perhatikanlah dengan teliti (kebenarannya)." (Al-Hujurat: 6)


SUMBER: AHMAD IRSYAD