Pesan Doktor Jangan Cium Anak Selepas Merokok, Ini Sebabnya Apabila Satu Kes Terjadi Kepada Bayi 1 Tahun, Ayah Jangan Pentingkan Diri Sendiri..

Image result for Pesan Doktor Jangan Cium Anak Selepas Merokok, Ini Sebabnya Apabila Satu Kes Terjadi Kepada Bayi 1 Tahun, Ayah Jangan Pentingkan Diri Sendiri..




Biasanya setiap seorang perokok akan merokok tanpa mempedulikan orang di sekeliling dan mereka mungkin tidak akan menyedari bahawa asap rokok yang dihembus keluar itu adalah asap yang amat memberhaya kepada orang yang berdekatan dengannya.
Nikmat yang dia rasai itu selepas menyedut asap rokok sebenarnya bersifat sementara dan orang ketiga yang menyedut asap rokoknya itu juga berhadapan dengan bahaya yang menanti.
Lebih menakutkan, selain membahayakan persekitaran, anak kecil dan bayi juga antara mangsa yang tidak bersalah yang terpaksa berdepan dengan bahaya asap rokok yang dihembus oleh perokok yang merokok.
Satu perkongsian dari Dr Rusyainie Ramli, seorang Pegawai Perubatan Angkatan Tentera berkongsi bagaimana ketika beliau sedang berusaha untuk menyelamatkan satu nyawa seorang bayi yang berusia satu tahun yang berkait dengan rokok perlu dijadikan iktibar.
Ini Sebab Mengapa Doktor Kata Jangan Cium Anak Selepas Merokok
Tercungap-cungap anak kecil berusia 1 tahun lebih itu. Nampak otot rusuknya terperosok ke dalam setiap kali dia menarik nafas. Saya yang baru tiba di klinik terus memeriksanya. Kadar saturasi oksigen dia sudah menurun dari sepatutnya. Paru-parunya ketat betul, siap ada bunyi tak normal lagi. Saya dah runsing kalau anak kecil ini jadi biru.
Menurut Dr Rusyainie bayi tersebut kelihatan lembik tidak bermaya. Si kecil itu merengek kerana tidak selesa.
“Demam pula tu. Xray dadanya nampak ada jangkitan paru-paru.”
“Saya dan tim segera pasangkan dia oksigen berserta ‘nebuliser’. Kami sediakan dia cepat-cepat untuk dihantar ke hospital terdekat. Dekat tak dekat la. 70 km tu. Maklumlah klinik saya di hujung tanjung. Surat rujukan kami siapkan. Ambulans sedia menunggu di hadapan. Dalam hati saya berdoa semoga perjalanan anak kecil ini dipermudahkan.”
Ceritanya keluarga ini baru saja dipindahkan ke tempat Dr Rusyainie bekerja. Anak ini pula kerap alami jangkitan demam batuk selsema. Sekejap sekejap sakit. Ditambah pula dengan sejarah ‘atopy’ dalam keluarga. Atopy maksudnya mempunyai masalah kesihatan berkaitan alahan seperti asma, ekzema dan ‘allergic rhinitis’.
“Yang paling buat saya berang ialah AYAHNYA PEROKOK! Pesakit saya mempunyai 3 adik beradik. Semuanya kecil-kecil dan belum bersekolah. Tak payah bercerita tentang merancang keluarga la kan. Nanti besok pun tak habis. Duduk bertanya dengan ayahnya, bau asap rokok melekat kat baju sebatu dah boleh tahu.”
Dia mempertahankan dirinya yang dia tidak merokok dalam rumah. Wah. Konon-konon ayah mithali la tu kan.
“Paru-paru bayi dan anak kita ni masih belum matang sepenuhnya. Dahlah secara alaminya, memang saluran pernafasan kanak-kanak lagi sempit berbanding dengan orang dewasa. Sistem pertahanan mereka melawan penyakit pun belum kuat macam orang dewasa. Mereka ini sangat ‘vulnerable’ dan ‘fragile’ dengan toksin-toksin yang ada dalam asap rokok. Yang nikotin yang sedap dalam rokok ayah dah sedut habis. Sisa tu bagi kat anak. Bagus punya ayah kan.
Sisa-sisa rokok tu walaupun depan mata tak nampak, bahan-bahan kimia macam nikotin, ammonia, tar (yang turap jalan tulah), formaldehyde (kita guna untuk awet mayat), arsenik (ni racun kalau kalau nak bunuh orang senyap-senyap) dan asap beracun karbon monoksida tu melekat kat baju dia, rambut, kulit dia semua. Elok sangat la lepas dia buang gian, dia masuk rumah, peluk cium dan main-main dengan anak dia. Semua sisa tu disedut dan ditelan anak yang tak berdosa dan yang tak reti apa-apa tu.
Kajian Saintifik Tidak Akan Menipu
Kajian saintifik dah buktikan yang perokok pasif ketiga (‘3rd hand smoker’) ni memang bukan dongeng penyedap cerita. Kesannya sama saja dengan perokok pasif (‘passive smoker’ atau ‘2nd hand smoker’). Molekul rembesan sisa asap tu lebih kecil dari yang perokok tu dapat. Maka lagi senang la toksin rokok tu diserap ikut paru-paru, kulit dan salut darah. Maknanya dengan pegang anak pun lepas merokok, racun disedekahkan pada anak. Apa punya jenis ayah tu?
“Kanak-kanak yang naif ni terpaksa berhadapan dengan masalah penyakit paru-paru yang lebih teruk dan kerap berbanding dengan kanak-kanak yang ayah mereka bukan perokok. Sebab tu kalau mereka ni sakit lebih lama dan susah nak sembuh. Tapi banyak ayah bila kita cakap kat dia, dia buat dek saja. Muka toya memang minta disepuk.”
Kalau keturunan memang jenis ada alahan, anak-anak ini memang gerenti akan kena asma, resdung atau ekzema. Ayah yang perokok ni, pilihlah mana nak ya.
Anak-anak yang ayah perokok memang lebih terdedah pada masalah pembelajaran. Jangan dok sentap kalau anak tu ada masalah nak belajar kat sekolah. Tengok diri sendiri tu. Perokok ke tak.
“Anak perokok senang dapat kanser macam leukaemia. Kejam ke tak ayah macam tu. Lahirkan anak ke dunia semata-mata untuk dianiaya. Anak tu amanah tuhan ok.”
Anak pada perokok akan tiru perangai buruk ayah dia tu pada usia yang muda. Sebab tu tak pelik kalau budak sekolah rendah dah mula merokok. Tengok kat rumah dia. Ayah dia merokok ke tak. Dah mula merokok, pintu segala kecelakaan memang akan terbuka. Jadi hisap ganja tu memang biasalah kat budak-budak. Takkan dah lupa kot 7 budak bawah umur yang bakar sekolah tahfiz. Memang mula dengan merokok la pastu kaki ganja. Seterusnya sendiri mahu ingat la kan.
Sementara menyiapkan anak kecil itu ke hospital, sempatlah ayah dia mendapat tazkirah pagi khamis dari saya yang takkan bagi can punya. Anak kecil itu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Kasihan dia dek penangan ayah yang tak reti bahasa.
Sumber : https://mediamaklumat.com


EmoticonEmoticon