Tip Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa Daripada Kevin Zahri



1. Bermula Dengan Kurma
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan makan 10 biji! 1 hingga 3 biji kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.


2. The 20-Minute Rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit.

Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20 minit.

Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan, “Berhentilah makan sebelum kenyang”.

3. Sasaran Kalori: dalam 700 kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal.

Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:

Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.

Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.

Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll.

Last sekali baru makan sikit kuih dan manis-manisan.

4. Tiga Jenis Air
Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.

Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu ‘panaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam. Tapi taklah panas mendidih.

Air kosong: Ya untuk dahagalah kan dan ia tidak berkalori. Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air – nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy.

Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan.

5. Tip Buffet
Sebelum berbuka, recce hidangan buffet terlebih dahulu dan cuba rancang nak makan apa. Bajet sikit ruang untuk manis-manisan dan ingat tip ’20 minit’.

Sumber: The Vocket


EmoticonEmoticon