Bersahur menjadi amalan dalam menjalankan ibadah puasa dan dengan bersahur juga akan membantu membekalkan tenaga kepada badan untuk menjalankan kegiatan harian di bulan Ramadhan.
Bersahur juga perlu dilakukan dengan cara yang betul agar tenaga dapat kekal dengan lama sehingga waktu berbuka puasa hasil daripada makanan yang diambil ketika waktu sahur.
Masih ramai yang memandang ringan amalan bersahur yang sememangnya amat baik untuk badan di bulan puasa ini. Ikuti amalan bersahur yang betul untuk ibadah puasa yang lebih baik. Ikuti tips bersahur yang betul tenaga yang berpanjangan.
1. Makan dengan kadar yang biasa
Jangan makan sahur dengan kadar yang lebih banyak dari kadar makanan yang anda biasa makan. Ini kerana pengambilan makanan yang banyak akan membuatkan perut anda merasa terlalu kenyang dan tidak selesa. Malah jumlah makanan yang berlebihan masuk ke dlam badan akan akan menyebabkan anda lebih cepat mengalami dehidrasi. Tetapi makan dengan jumlah terlalu sedikit juga tidak bagus untuk badan dan menyebabkan badan menjadi cepat lesu. Jadi ambil makanan dalam jumlah yang biasa anda makan atau sederhana sahaja.
2. Makan makanan berkarbohidrat kompleks
Pada waktu sahur, perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti nasi merah, gandum, bijirin serta buah-buahan dan sayur-sayuran. Karbohidrat kompeks mengambil masa yang lama untuk dicerna, jadi ia akan memberikan tenaga yang berpanjangan kepada badan serta melambatkan sistem pencernaan. Oleh itu, perut anda akan merasa kenyang lebih lama. Karbohidrat kompleks juga berfungsi untuk mencegah dehidrasi dan membantu tubuh untuk menyerap air dengan lebih efisien.
3. Jangan makan secara terburu-buru
Mengunyah makanan dengan terlalu cepat akan membuat kadar gula dalam darah terganggu hinggakan dalam masa beberapa jam sahaja selepas sahur, anda akan merasa lapar semula. Tubuh akan bekerja lebih kuat untuk menyerap nutrisi makanan ketika kita makan terlalu cepat dan menyebabkan badan akan menjadi cepat letih.
4. Minum banyak air kosong
Ketika sahur, minumlah banyak air kosong berbanding minuman lan seperti teh dan kopi kerana air kosong jauh lebih baik. Walaupun air manis akan meberi lebih banyak tenaga namun tenaga yang dihasilkan ini juga akan cepat hilang menyebabkan tubuh anda akan lebih cepat lesu. Selain itu, makanlah buah-buahan dan sayuran yang mengandungi banyak air eperti tembikai dan timun. Elakkan minum teh atau kopi secara berlebihan kerana minuman ini menyebabkan badan cepat kehilangan cecair.
5. Amalkan makan kurma
Kurma merupakan pembekal tenaga yang paling baik untuk badan. Ia juga membantu badan untuk mengekalkan kandungan cecair serta memberikan tenaga yang berpanjangan. Makanan sunnah ini juga cukup baik untuk sistem pencernaan dan banyak memberi manfaat kepada sistem tubuh.
Sumber: https://www.hangat.com/5721-5721/
EmoticonEmoticon