Bermula malam esok umat Islam akan memasuki bulan yang pernah rahmat iaitu Ramadan dengan mengerjakan ibadah solat sunat tarawih dan akan bersahur pada keesokan paginya sebelum masuk waktu Subuh.
Pastinya ramai juga yang berazam untuk memulakan diet pemakanan yang sihat bersempena ibadah puasa pada bulan ini dan mula merancang apakah yang patut dimakan dan menyusun menu untuk bersahur dan berbuka.
Penasihat pemakananan dan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri ada berkongsi beberapa tips bagaimana untuk anda merancang pemakanan anda ketika bersahur kerana waktu sahur adalah penting dan membekalkan tenaga untuk tubuh badan untuk berpuasa keesokan harinya.
1. Jangan ponteng sahur
Menurut Kevin, pertama sekali adalah anda perlu bersahur kerana ia akan membekalkan sumber tenaga untuk keesokkan harinya.
2. Segenggam+Karbo
Ketika bersahur anda tak semestinya menolak untuk tidak makan nasi kerana ia adalah sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga untuk tubuh badan. Perkara yang paling baik adalah mengambil segenggam karbohidrat untuk kegunaan anda seharian.
3. Komplex Karbo
Selain menghadkan jumlah karbohidrat, anda juga boleh membuat pilihan karbohidrat yang lain seperti roti penuh gandum, oats, nestum dan sebagainya kerana sumber karbohidrat ini tidak mudah untuk dihadam dan membuatkan anda berasa lebih laman kenyang.
4. Protein yang bersih
Ketika bersahur anda digalakkan juga untuk mengambil makanan bersumber protein dan pilihan protein yang bersih seperti isi dada ayam yang digrill ataupun telur rebus.
5. Elakkan garam
Makanan yang tinggi kandungan garamnya boleh menyebabkan proses dehydration berlaku dengan cepat. Jadi cuba elakkan makanan tinggi kandungan garam ketika bersahur.
6. Elakkan kafein
Sewaktu bersahur anda tidak digalakkan mengambil minuman kafein seperti kopi atau teh. Seeloknya minum air kosong ataupun susu.
7. Elakkan minuman bergas
Menurut Kevin Zahri, minuman bergas juga mempunyai kandungan kafein yang menyebabkan proses dehydration berlaku dengan cepat. Selain itu biasanya minuman mengandungi kandungan gula yang tinggi.
8. Jangan minum terlalu banyak air
Ketika bersahur biasanya anda akan minum lebih banyak air kerana beranggapan ia akan tersimpan dalam badan sehingga waktu petang. Cukup sekadar dua hingga tiga gelas sahaja ketika bersahur supaya anda tidak kerap membuang air kecil pada keesokkannya.
Sumber : kevinzahri.com
Sumber : kevinzahri.com
EmoticonEmoticon