6 Punca Gemuk Yang Selama Ini Anda Mungkin Tertipu



Punca Gemuk. Selama ini lemak dianggap menjadi penyebab utama punca gemuk dan kelebihan berat badan.

Jadi, sebab itulah ramai wanita yang cuba menyingkirkan lemak daripada menu harian mereka, sedangkan terdapat beberapa kenyataan yang tidak benar tentang lemak.

Berikut adalah beberapa mitos yang tidak benar berkaitan dengan punca gemuk yang patut anda tahu.

Antara Mitos Punca Gemuk:

Mitos 1: Jangan Minum Susu Kalau Nak Kurus

Tubuh kita memerlukan protein, vitamin (A dan D), mineral dan energi tambahan yang terkandung di dalam sudu. Bahkan susu amat baik kerana kandungan kalsium yang tinggi. Kekurangan kalsium akan membuatkan anda terkena serangan osteoporosis dan kekurangan produksi hormon yang boleh membantu ‘mensebatikan’ lemak di tubuh.

Tips: Minumlah susu 1-2 kali sehari

Wanita di bawah usia 30 tahun masih boleh mengambil susu full cream. Susu low fat ataupun non fat adalah pilih terbaik bagi usianya di atas 30 tahun.

Mitos 2: Mentega Lebih Baik Daripada Minyak Goreng

Mentega diperbuat daripada krim susu sehingga kandungan kolesterol di dalamnya justeru lebih tinggi jika dibandingkan dengan minyak goreng. Minyak goreng seperti minyak zaitun dan minyak bijan mengandungi lebih banyak lemak dibandingkan dengan mentega, namun sebahagian besar kandungan lemak yang terdapat di dalamnya tergolong lemak ‘baik” dan mudah  disebatikan di dalam tubuh.

Tips: Hindari memproses makanan dengan cara digoreng dan pilihlah makanan yang direbus, dikukus atau ditumis. Jika terpaksa mesti menggoreng, pilihlah jenis minyak seperti minyak zaitun dan minyak bijan.

Mitos 3 : Makan Aiskrim Membuatkan Badan Gemuk

Aiskrim yang bahan asasnya adalah susu memang mengandungi lemak dan kolestrol dalam jumlah bervariasi. Tetapi, di dalam setiap jenis makanan terdapat zat ataupun nutrisi yang baik dan buruk bagi tubuh. Selain lemak dan kolestrol, aiskrim juga mengandungi banyak sekali mineral (kalsium, magnesium, natrium, kalium, besi, zink dan iodium), protein, serta vitamin A, B, D dan E. Bahkan kalsium juga mampu meningkatkan produksi hormon yang berfungsi ‘mensebatikan’ lemak dalam tubuh.

Tips: Pilih aiskrim rendah lemak, strawberi. Lebih baik lagi, nikmati aiskrim yang dicampur dengan pelbagai jenis potongan buah.

Mitos 4: Pantang Makan Daging Buat Tubuh Jadi Lebih Langsing

Daging kaya dengan protein serta asid amino asensial yang penting buat tubuh. Di dalam daging ikan terkandung asid lemak omega-3 yang berguna untuk mencegah penyakit jantung serta omega-6 yang mampu meningkatkan pembakaran energi dalam tubuh, mengatasi ‘rentasi’(penarikan air dalam tubuh) dan penyakit jantung coroner.

Tips: Perbanyakkan pengambilan ikan berbanding daging lembu dan ayam. Buang kulit dan bahagian berlemak.

Mitos 5: Makan Telur Banyak-Banyak Untuk Sihat!

Tidak dinafikan ramai ahli sukan yang makan telur ‘banyak-banyak’ semata-mata mahu mendapatkan tubuh berotot. Sungguhpun begitu, mereka mempunyai panduan diet yang menghadkan jumlah pengambilan telur serta mengimbanginya dengan pengambilan nutrisi lain.

Telur mengandungi banyak zat seperti vitamin B-kompleks, asid amino esensial, seperti mineral(besi, fosfor dan kalsium). Namun, selagi kaya zat kandungan kolestrol di dalam kuning teluar amat tinggi dan perlu dikawal pengambilannya.

Tips: Hadkan pemakanan telur menjadi dua biji dalam seminggu. Bersama telur, ambillah sayur-sayuran lain yang kaya vitamin A, D, E dan K, seperti lobak merah dan taugeh, untuk membantu melarutkan lemak.


Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka boleh mendapat info berguna ini.

Sumber: wom.my

Khasiat Ubi Kentang Yang Ramai Tidak Tahu.. Mohon Share



Ubi Kentang. Anda ingin turunkan berat badan ataupun kembali langsing? Cubalah diet ubi kentang!

Diet ubi kentang merupakan salah satu cara diet yang sering dilakukan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan, terutama di negara-negara Eropah. Jika dibandingkan dengan nasi,ubi kentang memiliki kalori yang rendah sehingga sesuai dijadikan makanan pengganti nasi, khususnya buat mereka yang sedang berdiet.

1. Mengandungi Banyak Air

Ubi kentang juga mempunyai kandungan zat cecair yang membantu anda berasa kenyang lebih lama sehingga anda tidak mudah berasa lapar.  Kandungan seratnya yang tinggi bagus untuk sistem penghadaman terutama bagi anda yang berdiet. Bahkan, serat yang cukup tinggi dalam ubi kentang ini juga dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

2. Mengawal Kelaparan

Sebagai sumber karbohidrat, ubi kentang juga akan menambah energi anda yang sedang mejalankan program diet. Energi ekstra ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk anda bersenam ataupun melakukan aktiviti bersantai. Di samping itu, pengambilan ubi kentang juga dapat mengurangi kadar kolesterol.

3. Kaya Vitamin

Sebagai salah satu jenis sayur, ubi kentang juga dilengkapi dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh.  Antaranya, vitamin C dan B5 yang akan menjadikan anda lebih sihat ,segar dan ceria.

Info Ekstra!

Ubi kentang selain membantu diet, ia juga mempunyai manfaat lain buat kesihatan tubuh dan kecantikan kulit anda.

Meredakan stress – Kandungan vitamin B6 pada ubi kentang membuat hormon adrenalin bertindak balas pada stress sehingga membuatkan tubuh anda  jadi relaks dan lebih tenang.

Melawan Penyakit – Selain kandungan vitamin, mineral, serta serat. Ubi kentang juga mengandungi zat ‘karotenoid’, yang sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung dan organ organ internal tubuh yang lainnya. Bahkan ia juga membantu mengurangi kanser prostat dan kanser rahim.Kandungan vitamin B yang tinggi memperkecilkan pembentukan tumor serta turut mengurango risiko penyakit gangguan saraf. Cuma bagi anda yang obesiti dan mempunyai penyakit diabetes anda tidak digalakkan memakannya. Ini adalah kerana ubi kentang banyak karbohidrat dan glukosa.

Baik Untuk Kesihatan Kulit –  Ubi kentang mengandungi vitamin C tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan B kompleks serta mineral juga bagus untuk kulit. Ubi kentang mentah yang diparut atau dilumatkan dan dicampur dengan madu, boleh berfungsi sebagai masker wajah dan mampu mengurangi pembengkakan serta lingkaran hitam di bawah mata. Membuat jus kentang bagi mengatasi jerawat juga boleh dilakukan sebagai alternatif merawat jerawat.

Meningkatkan Fungsi Otak –Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi otak.  Selain itu, ubi kentang juga mempunyai kandungan penting iaitu B6 dan asid folat yang merupakan salah satu zat penting untuk meningkatkan kecerdasan otak.
Baca Juga: Cara Turunkan Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi – Ubi kentang juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana kandungan vitamin C dan B yang cukup banyak di dalamnya dapat membantu. Namun, elakkan memakan ubi kentang secara berlebhan, terutama bagi anda yang menderita diabetis.Kandungan serat di dalam ubi kentang dapat membantu  menurunkan kolesterol dan membantu meningkatkan fungsi insulin yang ada di dalam tubuh.

Nota Kaki: Jom SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mahu mengurangkan berat badan.

Sumber: wom.my

5 Cara Makan Yang Baik Untuk Kurus



Cara Makan Yang Baik. Anda tentu ingin kurus, tetapi dengan cara yang sihat, kan?

Biarpun anda mahu menurunkan berat badan, namun anda tidak perlu melakukan diet ‘kaw-kaw’ sehingga berpuasa dengan semua makanan.Tak perlu kot, sampai macam tu sekali. Sebaiknya makanlah secara teratur dan pilih makanan yang terbaik untuk diet serta yang memenuhi keperluan tubuh.

Berikut beberapa cara makan yang baik untuk menurunkan berat badan.

Wajib Ambil Sarapan Pagi
Sarapan pagi sangat penting. Ini adalah kerana ketika bersarapan metabolisme mula bekerja dan memberikan anda tenaga untuk memulakan aktiviti pada pagi hari. Melambatkan sarapan pagi bermakna anda telah kehilangan waktu di mana tubuh anda boleh membakar kalori. Jika begini, jadi tidak hairanlah jika anda sukar untuk menurunkan berat badan.Apabila anda melambatkan sarapan pagi, bermakna anda telah menangguhkan rasa lapar dan mengakhiri hari anda dengan makan dengan lebih banyak!

Jangan Tangguhkan Rasa Lapar
Sebaiknya anda makan ketika tubuh memerlukannya dan berhentilah ketika perut anda sudah cukup terisi sebelum anda menjadi kenyang yang berlebihan!Ini bermakna anda perlu menepati waktu makan. Meninggalkan waktu makan atau menangguhkan rasa lapar tersebut hanya akan merubah metabolisme tubuh menjadi lebih lambat. Keadaan ini membuatkan anda akan berasa lebih lapar dan inilah yang akan membuatkan anda jadi semakin gemuk akibat makan berlebihan.

Minum Air Putih Secukupnya
Minumlah air masak atau putih secukupnya bagi menggantikan kadar ar yang telah keluar di dalam tubuh.

Hindari Pengambilan Makanan Segera
Anda pasti sudah tahu tentang bahayanya makanan segera, namun seringkali tutup mata dan tetap memakannya. Cubalah kurangkan pengambilannya dang anti dengan menu yang lebih sihat.

Terlalu Banyak Makan Makanan Olahan
Lemak di perut sering dikaitkan dnegan inflamasi sehingga terlalu banyak pengambilan makanan olahan akan menyekat tubuh untuk menghilangkan lemak di perut.

Cara makan yang baik untuk menguruskan badan adalah dengan memilih makanan semulajadi seperti sayur, buah-buahan dan whole grain yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai kandungan anti inflamasi sehingga dapat mencegah lemak di perut.

Jangan lupa SHARE artikel ini.

Sumber: wom.my

6 Cara Bakar Lemak Dengan Cepat



Setiap orang mempunyai tempoh atau jangkamasa berbeza untuk membakar lemak dalam tubuhnya.Ia bergantung berapa banyak kelebihan lemak yang ada di dalam tubuh. Semakin tebal lemak tertimbun, semakin banyak waktu yang diperlukan untuk membakarnya.

Berikut beberapa cara bakar lemak dalam tubuh dengan keadaan fizikal anda yang tetap sihat.

Pengambilan Sarapan Sihat
Sarapan pagi memainkan peranan yang penting untuk membantu anda menurunkan berat badan. Pastikan anda memilih menu sarapan sihat iaitu bijirin tinggi serat dengan susu rendah lemak serta buah-buahan.

Amalkan Minum Teh Hijau
Teh hijau dapat menambah metabolisme tubuh lebih kurang dalam empat peratus. Pengambilan teh hijau juga membantu dalam membakar kalori kurang lebih 60 kalori /harinya, yang setara dengan tiga kilogram setiap tahun.

Zat Besi
Apabila anda tidak mempunyai zat besi yang cukup dalam tubuh, fizikal anda juga tidak memperoleh oksigen yang mencukupi untuk disebar ke semua jaringan sel tubuh. Ia akan menyebabkan metabolisme fizikal menjadi lemah. Jadi, pilihlah jenis makanan yang menyimpan zat besi seperti ayam, daging merah, bijirin dan kacang soya.

Senaman Beban
Senaman beban mampu menambah metabolisme fizikal kerana kalori dalam fizikal dapat terbakar. Bukan hanya itu saja, penambahan metabolisme sekitar dua jam selepas senaman beban. Antara senaman beban yang boleh aplikasikan ialah bench step-ups, squat, push-ups, lunges, pull-ups dan juga crunches.

Tingkatkan Kepantasan Senaman
Kepantasan senaman yang tinggi mampu membakar lemak yang lebih banyak. Apabila anda sedang berjogging pada kecepatan yang sederhana, sebaiknya tambahkan kelajuannya sebanyak 30 saat setiap lima minit supaya tubuh membakar lemak dengan lebih cepat.

Cuba Buat Senaman Baru
Cara bakar lemak ini cukup mudah, jika anda mempunyai kebiasaan berjalan kaki, ubahlah dengan berenang, berbasikal dan sebagainya. Dengan mengubah aktiviti senaman tersebut anda boleh membakar kalori dnegan lebih banyak.



Jangan lupa SHARE artikel ini.

Sumber: wom.my

Rahsia Khasiat Buah Lemon Yang Ramai Tidak Tahu



Kebaikan Lemon. Si buah kuning yang berbentuk oval ini memang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B serta C.


Ternyata, jus lemon mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, makmal eksperimen dan juga agen pembersih. Secara turun temurun, buah lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Antara Kebaikan Lemon:

1. Baik Untuk Perut

Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, mulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah, cepat dan sedap! Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Cegah Nafas Berbau

Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah hirisan lemon selepas waktu makan untuk meneutralkan semula bau nafas dan mulut anda. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

3. Terbaik Untuk Penjagaan Kulit 

Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula jadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit. Lemon ialah buah sitrus yang kaya dengan vitamin C, ia boleh meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam. Ia membuatkan wajah lebih berseri-seri serta bertindak sebagai ubat anti-penuaan. Dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit.

4. Membantu Pengelupasan Sel Kulit Mati

Buah lemon mengandung AHA (Alpha-Hidrocxy Acid) yang dapat membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati. Perah buah lemon dan ambil air perahannya, celupkan kapas pada air perahan buah lemon dan sapukan di seluruh wajah setelah dibersihkan. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Kulit wajah anda akan kelihatan bercahaya dan terasa lembut.

5. Melembutkan Kulit Pada Siku

Kulit pada siku biasanya kering dan berwarna hitam, untuk membuat  kulit di bahagian siku kelihatan bersih dan lembut lakukan perawatan dengan buah lemon. Hiris buah lemon menjadi dua bahagian, gosokkan hirisan buah lemon tadi ke bahagian siku dan biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air.

6. Pembersih Darah

Penyakit seperti malaria dan kolera boleh juga diubati dengan mengamalkan minum jus lemon segar kerana lemon juga bertindak sebagai pembersih darah. Amalkan petua ini sehingga anda menampakkan kesannya.

Dewasa dan kanak-kanak (70 kg ke bawah) : Perah separuh lemon dan campurkan dengan segelas penuh air suam. Minum dua kali sehari.

Dewasa (70 kg ke atas) : Perah satu biji lemon dan campurkan dengan segelas air penuh air suam dan minum dua kali sehari.

Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

‘Limonoid glucosides’ adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

7. Rawatan Kulit Berjerawat

Lemon dan jerawat? Dalam fikiran anda mesti pedih bukan? Kesan pedih itu hanyalah untuk seketika sahaja. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang ada sebelum mengecutkan jerawat tersebut. Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

8. Membantu Dalam Penjagaan Gigi 

Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan daripada bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

9. Kuku Kuat dan Tangan Cantik

Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.

10. Menurunkan Berat Badan

Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.

11. Masalah Rambut Nipis Dan Berkelemumur

Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.

12. Merawat Sakit Tekak

Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.

13. Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Air lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.


Jangan lupa SHARE ya!

Sumber: wow.my

7 Cara Melatih Bayi Makan Sendiri. Bukannya Susah Pun!




Anak yang baru lahir perlulah diberi didikan yang secukupnya untuk memastikan anak-anak boleh berdikari ketika besar nanti.  Kalau asyik nak kena suap sahaja, penat juga!

Pepatah Melayu ada mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Setiap didikan yang ibu bapa beri haruslah sejak kecil lagi supaya anak-anak sudah terdidik dan terbiasa dengan ajaran yang diberikan.

Jika ibu bapa memberi didikan yang tidak baik, anak-anak juga akan terdidik dengan tingkah laku yang kurang baik kelak.  Anak juga diibaratkan sebagar kain putih yang bersih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya.

MELATIH BAYI MAKAN SENDIRI

Begitu jugalah halnya dengan didikan dalam mengajar anak berdikari untuk makan sendiri.  Ibu bapa perlu mengajar anak-anak cara yang betul untuk memastikan anak mampu untuk makan sendiri.  Jom kita amalkan cara di bawah ini.

1. MAKAN BERSAMA-SAMA

Amalan makan secara beramai-ramai perlu dilakukan dalam sesebuah keluarga.  Makan bersama-sama ibu bapa dan anak-anak.  Setiap kali waktu makan, pastikan anda mengajak semua anak untuk makan di meja bersama-sama.

Jika perbuatan ini diamalkan setiap masa, anak yang kecil akan timbul minat untuk makan.  Jangan sesekali biarkan anak anda makan bersendirian, sebab dia akan rasa bosan dan tidak seronok kerana tiada teman ketika makan.  Walaupun anda sudah makan, pastikan anda ada di sisinya untuk memantau dia makan.

 2. MAKAN DI KERUSI BAYI, JANGAN PANGKU

Ibu bapa juga boleh menggunakan kerusi bayi untuk memudahkan anak anda makan tanpa mengganggu anda.  Biarkan dia duduk nak menikmati hidangan yang ada.  Jangan biasakan memangku anak ketika makan.  Hal ini bukan sahaja tidak dapat mendidik anak, malah akan menyusahkan anda untuk makan.

Jadi fikir dan buatlah cara yang bijak dengan membiarkannya duduk di kerusi bayi.  Tindakan ini akan meningkatkan daya keyakinan anak anda dan dia akan pasti gembira kerana dapat makan sendiri.

 3. JANGAN SUAP LAGI, CUBA MAKAN SENDIRI

Jika anda telah membiarkan anak duduk di kerusi bayi ketika makan supaya memudahkan anda untuk menyuapnya, cuba tukar pula.  Anda hidangkan makanan di dalam mangkuk bayi dan letak di hadapannya supaya dia boleh belajar makan sendiri.

Jangan sesekali marah kerana anak akan makan bersepah dan kotor.  Biarkan sahaja dan anda perlulah bersabar sebab anak-anak dalam proses pembelajaran.  Kemarahan hanya akan membuatkan anak menangis dan terus tidak mahu makan.

Ibu bapa perlu mendidik secara berperingkat, elakkan mendidik dengan terlalu banyak perkara dan menyebabkan tekanan kepada anak anda.  Biarkan dia belajar satu-satu perkara dahulu.  Jika dia sudah pandai makan sendiri, ajarkan dia supaya makan dengan cermat dan tidak bersepah pula.

4. MULA AJAR GUNA TANGAN

Jika ingin mendidik anak untuk makan sendiri, bolehlah dimulakan dengan makan menggunakan tangan.  Hal ini kerana, makan guna tangan lebih mudah berbanding makan menggunakan sudu.  Makan menggunakan sudu agak berisiko kerana anak anda baru hendak belajar makan sendiri.

Hal ini untuk mengelakkan dari tercucuk ke tekak.  Walau bagaimanapun, jika ingin mendidik anak makan menggunakan tangan, anda juga haruslah makan menggunakan tangan.  Biar anak anda belajar dengan apa yang dia lihat kita lakukan.

Dari situ dia akan belajar makan menggunakan tangan.  Jika anak telah pandai menggunakan tangan, anda bolehlah ajar dia cara memegang sudu yang betul.  Carilah sudu yang sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak.  Supaya dia lebih tertarik untuk makan.  Jika anak telah pandai makan menggunakan sudu, anda haruslah sentiasa memantaunya.

5. BERI MAKANAN YANG MUDAH DIPEGANG

Bagi mendidik anak untuk makan sendiri, ibu bapa haruslah mulakan dengan memberikan makanan yang mudah dipegang.  Elakkan dari memberi makanan yang keras, lembik dan licin.  Berilah dia makan ayam, sayur, dan nasi yang mudah dipegang.

Buah juga boleh diberi kepadanya.  Jika anak hendak memberikan dia makanan yang berkuah, pastikan kuah itu anda suapkan kepadanya dahulu dan tunjukkan cara menggunakan sudu untuk makan makanan berkuah.  Jika anda ingin memberinya nasi, anda boleh kepal-kepalkan nasi menjadi bebola supaya anak senang ambil dan makan.

6. MAKAN SAMBIL MENONTON TV ATAU YOUTUBE

Kanak-kanak sangat mudah bosan dengan sesuatu perkara.  Begitu halnya juga ketika makan.  Jika pada kebiasaannya anda memberi makan kepada anak anda tidak sambil menonton televisyen, cuba pula tukar suasana makan dengan menonton televisyen.

Pilih siaran yang dia suka seperti kartun Upin dan Ipin.  Jika sambil makan dia menonton televisyen, pasti anak anda akan lebih bertambah selera makannya.  Jika tidak menonton, anda bolehlah pasangkan lagu-lagu yang digemarinya.

Hidupkan suasana ceria ketika memberi anak makan supaya dia tidak bosan.  Jika anda buat cara ini, anak anda tidak ada masalah untuk makan sendiri di masa akan datang kerana si kecil pasti suka suasana ketika makan.

 7. JANGAN MARAH ANAK

Perkara yang perlu dijauhi ketika mendidik anak untuk belajar makan sendiri ialah jangan memarahinya.  Jika dia baru hendak belajar makan sendiri, beri dia peluang untuk membiasakan diri dengan keadaan itu.

Pastikan meja dan kerusi makan selesa untuk si kecil makan.  Jika dia makan dengan bersepah, anda jangan memarahinya, tetapi nasihatkan dan ajarlah dia cara makan yang betul.  Guna bahasa-bahasa yang merangsang anak anda untuk seronok ketika makan.


AKHIR KATA

Ibu bapa adalah insan yang paling bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak.  Latih anak anda berdikari supaya dia pandai melakukan sesuatu perkara dengan sendiri.

Tindakan tidak memberi peluang kepada anak mencuba sesuatu akan menyebabkan si kecil takut dan tidak berani untuk membuat sesuatu dengan sendiri. Sama-sama kita cuba didik anak agar jadi insan terbaik.

Selamat mencuba!

Sumber: SirapLimau

Selain Lapar, Ini 10 Sebab Bayi Anda Asyik Menangis



Bayi kecil tidak pandai berkata-kata. Mereka hanya mampu mengeksperi perasaan mereka yang pelbagai melalui satu cara sahaja iaitu tangisan. Ibu bapa seringkali runsing apabila bayi mereka menangis terutamanya yang baru pertama kali menimang cahayamata.

Namun, yang sudah berpengalaman juga tidak terkecuali kerana setiap bayi adalah berbeza keadaannya. Siapa yang tidak runsing jika bayi mereka menangis tanpa henti.


BAYI MENANGIS SEBAGAI TANDA KOMUNIKASI

Benar, bayi memang akan menangis sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi. Namun, hanya ibu bapa yang tahu betapa tertekannya mendengar tangisan anak yang tak henti-henti.

Ada kalanya situasi boleh menjadi tegang hingga menyebabkan ibu bapa menjadi marah dan hilang kawalan.

Ibu yang berpengalaman biasanya akan mengerti gaya tangisan bayi yang lapar. Ia boleh dikenalpasti dengan gaya menghisap atau meregangkan badannya.

Punca menangis yang tidak dapat dikenalpasti akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Mari kita lihat antara perkara yang biasanya menjadi sebab bayi menangis selain lapar.


SELAIN LAPAR, INI 10 SEBAB BAYI MENANGIS DENGAN KERAP

Berikut adalah 10 sebab bayi menangis yang perlu difahami oleh ibu bapa.

1. PERUT KEMBUNG

Kembung berlaku disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah pemakanan ibu yang menyusukan bayi. Makanan dan minuman seperti ais, minuman bergas, buah tembikai, buah mangga, dan beberapa jenis sayur tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang menyusu kerana boleh menyebabkan perut bayi kembung.

Kerapkan menyapu tubuh bayi dengan minyak bayi supaya bayi berasa selesa di bahagian seperti perut, tapak kaki, betis, belakang badan, ubun-ubun serta dada. Pemakaian stokin dan barut juga mungkin dapat membantu.

2. LAMPIN BASAH

Bayi yang tidak selesa kerana lampin penuh juga akan menangis sebagai cara untuk memaklumkan kepada si ibu supaya menukar lampinnya.

Tukar lampin bayi segera sekiranya telah penuh. Periksa juga ruam lampin jika ada.

Bayi berkemungkinan juga kegatalan di punggung kerana ruam lampin. Seeloknya lampin bayi kerap ditukar untuk mengelakkan ruam lampin dan sapukan krim ruam lampin atau ubat yang berkaitan setiap kali menukar lampin.

3. MENGANTUK & LETIH

Seperti juga orang dewasa, bayi akan menjadi tidak keruan sekiranya mengantuk. Sesetengah bayi tidak mudah untuk tidur walaupun selepas menyusu kerana perlu didodoi terlebih dahulu.

Sesetengah ibu menganggap bayi yang letih perlu ditidurkan. Tidak semestinya. Kadangkala mereka cuma mahukan keadaan yang tenang.

Jika dalam perjalanan jauh, kerapkan berhenti di hentian rehat atau di kawasan yang sesuai. Semasa di dalam kereta juga, dukung bayi sekali sekala untuk melihat sekeliling dari dalam kereta kerana kemungkinan bayi penat berbaring atau duduk.

4. SUHU TERLALU PANAS ATAU SEJUK

Keadaan suhu adalah satu lagi sebab bayi menangis. Oleh kerana tidak pandai mengadu, bayi akan menangis jika merasa terlalu sejuk atau panas.

Perhatikan cuaca dan suhu di tempat anda berada. Sekiranya keadaan agak sejuk, pakaikan pakaian yang sedikit tebal kepada bayi berserta topi, sarung tanga dan sarung kaki.

Pakaikan pakaian nipis atau yang tidak panas seperti singlet dan baju berlubang-lubang pada ketika keadaan suhu yang panas. Jika berada di rumah, pasang kipas atau penghawa dingin pada suhu yang sederhana agar bayi selesa.

5. SEMBELIT

Bayi mudah terkena sembelit walaupun ada yang menyusu badan.

Ini kerana sistem pencernaan mereka sangat sensitif dan kadangkala tidak dapat bertindak balas dengan baik terhadap makanan tertentu.

Cuba tuamkan perut, urut dengan minyak aromaterapi, atau mengusap perlahan untuk membantu melegakannya.


6. NAK TUMBUH GIGI

Fasa tumbuh gigi atau ‘teething’ adalah fasa yang agak menyakitkan apabila gigi pertama menembusi gusinya.

Kadangkala berasa tidak selesa dan ‘gatal-gatal’ ini adalah sebab bayi menangis.

Jadi, cuba berikan mereka menghisap sesuatu yang sejuk seperti buah-buahan atau ‘teether’.


7. REAKSI TERHADAP ‘ENVIRONMENT’ BARU

Antara sebab bayi menangis adalah apabila mereka tidak selesa atau ‘takut’ dengan keadaan baru.

Mungkin beberapa minggu pertama mereka akan menangis dan perlu mengambil masa untuk berasa sesuai dengan pengasuh baru.

Meskipun ada bayi yang teruja, tapi ada pula yang rasa rimas apabila dikelilingi ramai orang.

8. BOSAN

Mereka ingin bermain dan bosan apabila ditinggalkan bersendirian.

Cuba bawa mereka bermain sebentar dan ajarkan mereka menggunakan permainan supaya bayi berupaya bermain sendiri kelak.

9. PERLU DISENDAWAKAN

Bayi yang menyusu botol terutamanya mudah tertelan angin dan berasa tidak selesa apabila selesai menyusu.

Oleh itu, biasakan menyendawakan si kecil dengan kerap sebelum atau selepas makan.

10. ANDA TERTEKAN

Kadangkala kita tak perasan nada kita bercakap dengan bayi semasa mereka menangis.

Bayi sebenarnya sangat sensitif dan dapat mengenalpasti kemarahan anda walaupun tidak memahami perkataan yang diucapkan.

Oleh itu, banyakkan bertenang dan cuba bergilir-gilir dengan suami atau penjaga untuk memastikan emosi anda dalam keadaan yang terkawal apabila cuba menenangkan bayi.

SETIAP BAYI ADALAH BERBEZA

Ibu bapa perlu mempelajari cara mengenalpasti sebab bayi yang menangis dan menyelesaikannya. Pengalaman menghadapi tangisan bayi akan mengajar ibu untuk lebih sabar dan berdikari.

Lama kelamaan perasaan panik akan dapat diatasi. Perlu diingat bahawa bayi masih kecil dan tidak pandai mengadu.

Oleh itu, kita sebagai orang dewasa perlu sentiasa bertenang dan cuba belajar untuk memahami keperluan mereka.

Sumber: SirapLimau

Jangan Selalu Bermain Hanphone Ketika Bersama Anak Kita! Mungkin Ini Memberi Kesan Kepada Anak



Apa perasaan anda bila lihat seorang suami atau bapa leka dengan telefon sedangkan si isteri sedang “berkungfu” dengan anak-anak ketika makan di sebuah restoran? Anak 3 orang, semuanya sedang membesar dan lasak. Ada yang masih makan bersuap dan ada yang masih belum boleh duduk dan harus dipangku atau diriba si ibu. Dengan sepasang tangan itulah, hendak dikawal dan diberi makan 3 orang anak serentak. Ada yang menangis, ada yang merengek.

Ada yang minta disuap, ada yang tumpahkan air. Si abang mengusik si adik sampai menangis, dan bayi kecil turut menangis melihat aksi abang dan kakaknya. Wajah si ibu mula berubah. Tiada girang hanyalah duka. Keseronokan makan di luar yang diharapkan namun keletihan dan kekecewaan mula melanda. Si ibu bangun ke kaunter mengambil tisu sambil menggendong si kecil. Kembali ke meja dilap segala tumpahan. Nafas dihela dalam-dalam dan sambung kembali menyuap makanan untuk anak-anaknya.

Si ayah masih terpaku sambil telefon di tangan menguasai diri. Di sebuah kompleks membeli belah, kelihatan seorang ibu mendukung anak kecil yang masih belum setahun usianya. Di tangan yang sebelah lagi pula menjinjing barangan yang baru dibeli. Sambil berjalan menuju ke parkir si ibu sekejap berhenti menunggu anak yang seorang lagi agar berjalan segera melintasi laluan yang sibuk dengan kereta.

Si ayah jauh di hadapan sedang asyik dengan asap yang berkepul keluar dari mulut dan hidungnya. Mata pula tidak terlepas melihat kandungan yang terpancar di skrin telefon bimbitnya. Tiada seri dan senyum di wajah si ibu. Keletihan pastinya.
Si suami pula tersenyum-senyum seorang diri. Mungkin sedang membaca mesej yang mencuit hati. Banyak lagi cerita sebegini yang boleh kita lihat setiap hari.

Adakah tanggungjawab menjaga anak adalah terletak di bahu ibu semata-mata? Mana perginya sifat tolong-menolong? Mana perginya sifat kasih-sayang? Adakah lelaki sebagai ketua keluarga harus bersikap seperti raja? Ketika hendak berkahwin bukan main berjanji hendak susah senang bersama. Namun bila bab bersusah membesarkan anak-anak, si isteri seorang sahaja yang menanggungnya.Tidak hairan banyak kes gila meroyan di kalangan masyarakat kita. Orang lelaki dididik agar menjadi raja. Mengurus rumahtangga terutamanya yang ada anak kecil bukanlah satu tugas yang mudah. Sikap bantu-membantu adalah sangat-sangat diperlukan.

Usahlah acah-acah raja sangat, sampai semua benda isteri sahaja yang kena buat. Saya pernah melihat dan mendengar seorang lelaki berkata kepada isterinya di dalam sebuah majlis. “Yang, nak pahala tak?” tanya suaminya dengan kuat di mana semua tetamu di dalam majlis tersebut dapat mendengarnya dengan jelas. “Err…nak” jawab isterinya serba salah. Lalu si suami dengan suara yang kuat mengarahkan isterinya untuk mengambil kopi untuk beliau, sambil menerangkan kepada kami semua yang seorang isteri amatlah mudah untuk mendapatkan pahala dengan hanya memberi minum kepada suami.

Kelihatan wajahnya agak “frust” namun dibawakan juga kopi untuk suaminya. Si isteri adalah seorang pegawai besar di kalangan tetamu di dalam majlis tersebut. Tindakan suami tidaklah salah. Namun di majlis yang formal di mana isterinya adalah seorang yang dihormati,tidak perlulah si suami menunjukkan autoritinya. Boleh sahaja pergi kepada isteri atau panggil isteri dengan lembut dan bisik perlahan dan mintalah kopi atau apa sahaja yang diingini.

Suami isteri dapat pahala dan air muka isteri dapat dijaga, ye tak? Kisah lain, ada seorang kakak dan suaminya pernah bermalam di rumah saya. Saya tidak mengenali mereka namun dengan niat untuk membantu saya mempelawa mereka bermalam. Usai makan malam, kakak tadi berkata kepada saya. “Untunglah, awak nak juga masuk dapur, nak juga cuci pinggan sendiri. Suami akak tu memang tak pernah masuk dapur” ceritanya kepada saya. Kalau akak demam atau sakit teruk pun, pinggan mangkuk, kain baju segalanya akak perlu buat juga.” Tambahnya lagi.

Si suami tidak sesekali akan melakukannya. Usai makan pun, pinggan ditinggalkan di atas meja sahaja, walaupun di rumah orang. Si isteri akan uruskan segalanya. Suaminya adalah raja. Baguslah, isterinya dapat banyak pahala. Tetapi takkanlah si suami tidak boleh membantu langsung? Takkanlah ketika isteri sakit pun, masih tidak mahu masuk ceruk dapur? Kalau ada bibik tu lain ceritalah. Buat kaum lelaki semua, bantulah isteri anda sehabis upaya. Kita berkongsi hidup, berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi bahagia dan derita. Tidak salah untuk berkongsi tugas mengurus rumahtangga.

Jangan kata yang anda penat bekerja maka sudah kurang upaya untuk turut membantu. Isteri di rumah 5 kali lebih penat dari anda mengurus segalanya. Tidak jatuh taraf anda sebagai seorang suami kerana anda mencuci pinggan di dapur atau melipat kain baju di ruang tamu atau memandi dan menukar lampin anak sendiri.

Sumber: SirapLimau

Anak Sering Berpeluh Ketika Tidur? Ini Mungkin Sebabnya.. Ibu Bapa Wajib Tahu!



KENAPA ANAK BERPELUH PADA WAKTU MALAM
1. Stress
2. Sleep apnea
3. Masalah pernafasan
4. Makan makanan pedas sebelum tidur
5. Masalah berat badan
6. Mengalami mimpi ngeri
7. Kesan sampingan jika anak-anak ada mengambil ubat
8. Baju tidur yang tebal

SIMPTOM JIKA ANAK SELALU BERPELUH PADA WAKTU MALAM

1. Tercungap-cungap ketika tidur
2. Tidur dengan mulut terbuka
3. Nafas kuat
4. Mudah letih pada siang hari

TIPS ELAK ANAK ASYIK BERPELUH PADA WAKTU MALAM


  1. Pastikan anda tetapkan susu yang sesuai dalam bilik anak-anak, tidak kira sama ada menggunakan penghawa dingin atau kipas, supaya tidur anak lebih selesa.
  2. Elakkan anak makan makanan yang pedas sebelum tidur. Jika anak berkeras untuk makan, pastikan ada jurang antara makan malam dengan waktu tidur supaya suhu badan anak tidak naik ketika tidur.
  3. Galakkan anak untuk merehatkan badan dengan berjalan-jalan sekitar rumah atau istilah lain ‘menyejukkan badan’ terlebih dahulu sebelum tidur.
  4. Nasihat anak supaya kurang menggunakan selimut atau cadar katil yang tebal ketika tidur, melainkan situasi yang memerlukan.
  5. Tanya anak jika ada perkara yang menganggu mereka ketika tidur yang menjurus kepada situasi asyik berpeluh ketika tidur. Hal ini kerana, stress yang tinggi juga adalah penyebab kepada kekerapan berpeluh semasa tidur.
  6. Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya keadaan makin teruk. Minta juga nasihat jika ada antara ubat-ubatan yang diambil oleh anak-anak menyebabkan mereka berpeluh ketika tidur.
  7. Jangan pakai baju tidur yang tebal. Pilih pakaian atau material kain yang mudah untuk kulit bernafas.
  8. Pastikan ada peredaran udara yang baik dalam bilik. Kalau boleh, biarkan tingkap bilik terbuka sedikit sebelum tidur dan membiarkannya supaya angin segar mengisi ruang bilik. Anda boleh tutup semula tingkap apabila sudah tiba masanya untuk tidur.


Pastikan anak anda mempunyai tahap kesihatan yang baik dan mendapat tidur yang berkualiti ya! Semoga bermanfaat!

Sumber: SirapLimau

7 Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan


Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.




Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku beritahu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggalkan, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan kepada suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Malah, boleh jadi suami tidak suka, kemudian menceraikannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dirimu dari tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat.

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami;

1. Tidak mempunyai rasa malu. Yang tidak malu melakukan perkara-perkara yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor). Tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar). Iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar). Tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, malah menentang suami dan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut). Tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat). Selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif. Malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .







Sumber : sentiasapanas.com

Luarbiasa! Kenapa Bibir Tidak Bergerak Ketika Menyebut Kalimah LA ILA-HA ILLALLAH?




Cuba anda baca kalimah LA ILA HA ILLALLAH... Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan? Kenapa?

LA ILA-HA ILLALLAH


Kerana itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba-hamba hamba-Nya.

Di antara hikmahnya adalah kerana apabila seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi untuk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja. 

Maha Suci Allah.

Begitulah tanda sayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya






Sumber : sentiasapanas.com

Kenapa Isteri Tidak Dibenarkan Tidur Sebilik Dengan 'Madu'?


Apakah hukumnya jika saya tidur sekamar dengan kedua-dua isteri dan melakukan jimak secara bergilir-gilir dalam satu bilik?


Gambar hiasan

Dikatakan dalam Syarah Mukhtashar Khalil karya al Khurasyii, “Seorang laki-laki boleh menghimpunkan dua isterinya dalam satu rumah dengan dua syarat:

Pertama, isterinya masing-masing memiliki bilik tersendiri dan dilengkapi dengan perabot dan keperluan seperti tandas, dapur dan yang menjadi keperluan asasinya.

Kedua, kedua-dua isteri reda terhadap hal itu dan tiada perbezaan antara isteri kedua, ketiga atau keempat.

Jika kedua-duanya tidak reda dengan hal itu, maka si suami tidak boleh menghimpunkan kedua-dua isterinya dalam satu rumah.

Bahkan, dia wajib menyediakan rumah untuk setiap seorang dan tidak harus rumah keduanya berjauhan.

Kata Imam Ahmad RH, “Jika salah seorang isterinya reda (rela) kalau dia menggauli isterinya yang satu di depannya dengan dia melihatnya, tetap tidak boleh. Kerana hal itu termasuk menghinakan, tidak masuk akal dan menjatuhkan kehormatan. Ia tidak boleh dilakukan walau dengan keredaan kedua-duanya”.

Wallahu a'lam.






Sumber : sentiasapanas.com

Rahsia Angka 40 Dalam Umur Manusia



Info Agama. Ramai tidak sedar dalam Al-Quran ada menyentuh tentang usia 40. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. 


Allah swt. berfirman yang maksudnya, ""Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah yang maksudnya, "Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?" (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) "Kematangan".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.

Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: “Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh).
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun).
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun).
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati).

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.

Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama.

Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW; "Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.

Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa, Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sialah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".









Sumber : sentiasapanas.com

Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam


Maksudnya; "Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa, Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini." (riwayat al-Tabrani dan Ibnu Sunni no 749 tahqiq Ahmad Tahir).


Keterangan dan petua beramal

Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan Ibnu al-Sunni daripada Hajjaj bin Imran al-Sadusiy, daripada Amru bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma’dan, daripada Abdul Malik bin marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda SAW mengajarnya doa di atas.

Menurut hadis riwayat Ibnu Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW itu. (rujuk al-Azkar: Bacaan apabila gelisah tidak dapat tidur).

Menurut pengarang buku, Doa dan Rawatan Penyakit, dia ini boleh dibacakan kepada pesakit dan air. Caranya ialah dengan meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua-dua belah matanya.

Air yang telah dibacakan doa itu tadi boleh digunakan untuk minum dan mandi. (rujuk buku karangan Prof. Dr. Harun Din, Doa & Rawatan Pesakit, bab masalah tidak dapat tidur malam)

Menurut Tiki Kustenmacher terdapat beberapa petua untuk mudah tidur, iaitu: (rujuk buku beliau bertajuk, How To Simplify Your Life hlm. 152-154.

Walaupun artikel difokuskan pada tidur sebentar (nap) tetapi penulis mendapati ada fakta yang sesuai untuk tidur yang lain);
  • Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian yang dilakukan di Madical School, University of Athens menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.
  • Biasakan tidur mengikut jadual.
  • Buat satu peraturan yang tetap, contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan lain-lain. (dicadangkan supaya melakukan adab-adab yang dianjurkan dalam Islam sebelum tidur.)
  • Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa supaya tidak terlalu panas.
  • Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.
  • Dengan kepada sesuatu hingga ada rasa penat.
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu tidur.
  • Bangun tidur dengan beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.





 Sumber : sentiasapanas.com

Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?


Pada 30 September 2009, akhbar Denmark, Jyllands-Posten serta akhbar beberapa Negara Barat telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dengan penyiaran beberapa karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.



Malah, sebuah akhbar tempatan, Sarawak Tribune yang turut menyiarkan karikatur itu juga telah digantung penerbitannya oleh kerajaan.

Di laman facebook pula, pernah ada pihak-pihak yang bertindak biadap menganjurkan hari melukis wajah nabi Muhammad SAW.

Berikutan isu yang berlaku ini, masyarakat kembali hangat memperkatakan soal hukum menggambarkan wajah atau tubuh Nabi Muhammad SAW. sama ada dalam bentuk lukisan ilustrasi, ukiran patung dan seumpamanya.

Di kalangan masyarakat bukan Islam pula, segelintir mereka mempertikaikan soal kerasionalan agama Islam tidak membenarkan lukisan wajah atau jasad Nabi Muhammad SAW.

Bagi mereka apakah rasionalnya agama Islam menegah umatnya atau orang lain untuk melukis sebarang ilustrasi yang dikaitkan secara langsung kepada Nabi SAW?

Adakah agama Islam terlalu bersikap konsorvetif sehingga menghadkan hak kebebasan untuk berfikir dan berkreatif oleh umatnya sendiri?

Adakah akidah Islam terlalu rigid sehingga melukis wajah atau jasad Nabi SAW. boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh menggelincirkan akidah daripada landasannya yang benar?

Mungkin inilah beberapa kemusykilan dan persoalan yang sering berlegar-legar di minda mereka yang mahukan penjelasan dan kebenaran di sebalik isu yang timbul ini.

Golongan bukan beragama Islam di Malaysia boleh jadi bersetuju sekiranya kita mengatakan bahawa karikatur yang menggambarkan wajah dan sifat Nabi Muhammad SAW, sebagaimana yang disiarkan oleh beberapa Negara Barat itu adalah sesuatu yang melanggar etika beragama dan memang sepatutnya diharamkan memandangkan ia menyentuh soal sensitiviti beragama yang merupakan suatu hak yang tidak boleh dipertikai, disentuh atau diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Sudah menjadi kelaziman setiap bangsa dan negara di dunia bersepakat untuk mengatakan soal agama adalah sesuatu yang suci dan tidak sekali-kali boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan.

Namun, persoalan yang masih wujud, apakah rasionalnya agama Islam tetap tidak membenarkan lakaran gambar Rasulullah SAW dalam apa jua cara dan kaedah?

Menjawab pertanyaan ini perkara penting yang harus difahami oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam polemik ini iaitu memahami bahawa Islam itu terbahagi kepada dua aspek utama yang saling berkait antara satu dengan lain dan adalah mustahil untuk memisahkan antara kedua-dua aspek ini.

Dua aspek yang dimaksudkan itu ialah akidah dan syariah.
  • Akidah dalam Islam adalah sesuatu yang menjadi pegangan atau kepercayaan umat Islam. Secara kasar ia meliputi soal ketuhanan, kenabian dan Hari Akhirat.
  • Manakala syariah pula merupakan suatu sistem perundangan atau cara hidup yang ditetapkan melalui sumber-sumber hukum tertentu yang antara lain bertujuan untuk menjaga kemurnian dan keutuhan akidah umat Islam itu sendiri. 

Sebagai contoh Islam menetapkan dari sudut akidah bahawa wajib setiap umat Islam mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul, manakala syariah pula menetapkan dan mengukuhkan lagi doktrin kepercayaan ini dengan menegaskan bahawa umat Islam yang memungkiri kepercayaan ini dengan sengaja tanpa sebarang takwilan dan keuzuran harus dijatuhi hukuman tertentu sebagai balasan di atas keengkarannya itu.

Dalam perspektif ini, syariah didatangkan oleh Islam dengan membawa pelbagai metod yang bersifat murunah atau fleksibel bertujuan membendung sebarang gejala yang boleh merendahkan, menghina mahupun merosakkan Islam, apatah lagi perkara yang menyangkut soal akidah dan kepercayaan atau disebut juga keimanan.

Oleh itu dalam banyak-banyak metod yang digunakan oleh syariah untuk membendung kerosakan adalah kaedah yang dipanggil sadd al-zari’ah yang bermaksud ‘menyekat jalan-jalan kerosakan’.

Kaedah ini adalah antara yang terbanyak digunakan sebagaimana yang terdapat di dalam nas-nas syarak yang bertujuan untuk menyekat terlebih dahulu sebarang jalan yang dikhuatiri boleh menjerumuskan umat Islam ke lembah kerosakan dan kemusnahan.

Sebagai contoh, Islam melarang perbuatan zina, larangan ini pula telah diterjemahkan oleh syariah dengan menyediakan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita malah menetapkan etika berpakaian tertentu yang bertujuan secara umumnya untuk menyekat semua jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina.

Begitu juga sekiranya kita berbalik kepada soal hukum melukis atau membuat lakaran wajah dan jasad Nabi Muhammad SAW, larangan terhadap perbuatan ini mempunyai signifikan tertentu memandangkan ia menyentuh secara langsung terhadap akidah anutan umat Islam itu sendiri dan memberi ruang untuk melakukan perbuatan tersebut ditakuti boleh memudaratkan kepercayaan dan keimanan bahkan melunturkan kesucian akidah Islam.

Pada dasarnya sudah ada hukum yang jelas oleh syariah berkaitan dengan gambar yang dibuat untuk diagung-agungkan atau dikuduskan.

Sejarah wathanniyah (keberhalaan) membuktikan bahawa golongan awal telah menghasilkan gambar atau patung bertujuan untuk kenang-kenangan, tetapi kemudiannya sampai ke tahap menguduskan dan menjadikannya sebagai perantaraan untuk beribadah.

Ahli tafsir menjelaskan tentang firman Allah s.w.t. melalui lisan Nabi Nuh a.s., “Dan mereka berkata, “Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr” (Nuh: 23).

Bahawa nama berhala yang disebutkan dalam ayat ini asalnya adalah nama-nama orang-orang soleh, tetapi ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kaum mereka agar membuat patung-patung peringatan di majlis-majlis mereka dan menamakan mereka dengan namanya. Maka kaum itu pun melakukannya.

Asalnya ia tidak disembah, tetapi setelah generasi mereka hancur dan ilmu telah dilupakan, ketika itulah patung-patung tersebut disembah.

Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa syarak menegah daripada menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk lukisan dan sebagainya adalah untuk mengelakkan sebagaimana apa yang terjadi ke atas umat terdahulu sehingga sampai ke peringkat mengagungkan orang-orang suci mereka seumpama beribadah kepada tuhan.

Logika lain pula yang membawa kepada tegahan tersebut adalah dilihat kepada beberapa andaian yang boleh berlaku berdasarkan analisis para ulama Islam seperti berikut:-
  • Mengimaginasikan wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w. sama ada dalam bentuk watak lakonan mahupun lukisan atau selainnya sekali-kali tidak akan dapat menyamai peribadi sebenar wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu ia boleh membawa kepada impak pembohongan ke atas Rasulullah s.a.w. dalam bentuk perbuatan kerana pembohongan tidak semestinya dengan lidah semata-mata. Maka pembohongan ke atas rasul adalah sesuatu yang jelas pengharamannya dengan nas hadith sahih yang menyebut: “Barangsiapa yang membohongi aku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka”.
  • Keaiban dan kekurangan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan manusia untuk memberikan gambaran sebenar terhadap wajah dan jasad Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang dilihat sendiri dengan mata yang sihat adalah merupakan sesuatu yang mencacatkan keperibadian Rasulullah s.a.w. seterusnya dianggap sebagai perbuatan yang menyakitkan Rasulullah s.a.w. Hukum menyakitkan Rasulullah s.a.w. sendiri adalah sangat ditegah dan diharamkan oleh syariat berpandukan firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat serta bagi mereka disediakan azab yang menghinakan”. (Surah al-Ahzab: 57)
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan model ikutan umat baginda, oleh itu mengimaginasikan baginda sehingga membawa kepada kecacatan dan keaiban boleh mencetuskan pandangan atau persepsi yang tidak adil atau menyeleweng terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w. bagi umat yang mengikutinya. Sedangkan Allah s.w.t. berfirman dalam al-Qur’an: “Mereka (para nabi) itulah yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka (para nabi) itu, ikutilah ia”. (Surah al-Ahzab: 21)
  • Gambaran atau lukisan yang tidak bertepatan malah mustahil untuk ia bertepatan dengan keperibadian sebenar Nabi Muhammad s.a.w. yang dipamerkan juga boleh mengundang kesangsian umat Islam terhadap keimanan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. atau sekurang-kurangnya melahirkan rasa hilang hormat terhadap kekudusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai insan yang sempurna dari sudut akhlak dan kejadiannya. Implikasi yang lebih berat adalah ia boleh menjejaskan kepercayaan umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW sebagai qudwah ikutan serta sumber rujukan umat Islam selepas al-Qur’an.
Selain hujah-hujah di atas, keimanan kepada Nabi Muhammad SAW juga merupakan salah satu cabang beriman kepada perkara yang ghaib.

Namun ia termasuk dalam kategori ghaib yang tidak mutlak memandangkan Nabi Muhammad SAW hanya ghaib bagi umatnya yang terkemudian dan tidak ghaib bagi para sahabat dan generasi yang sempat hidup dan melihatnya ketika hayat baginda.

Oleh itu adalah menjadi sesuatu yang perlu diwaspadai kerana betapa banyak kesesatan yang wujud pada hari ini adalah berpunca daripada keterlaluan di dalam membicarakan persoalan ghaib.

Perkara ghaib dalam masyarakat Melayu pula sering dianggap sebagai sesuatu yang misteri, mistik, keramat dan sebagainya yang dikhuatiri kesemuanya boleh menjurus kepada kepercayaan khurafat.

Membenarkan lukisan wajah atau jasad Nabi Muhammad SAW juga bermakna membuka jalan untuk golongan tertentu melukis serta mengimaginasikan seluruh perkara-perkara ghaib lain yang terdapat di dalam Islam seumpama melukis gambaran Allah, malaikat, syurga, neraka dan selainnya.

Dari sini maka akan timbul pelbagai perkara tahyul dan khurafat yang boleh merosakkan kesucian Islam sedangkan Islam sendiri merupakan agama yang sangat mementingkan fakta, realiti dan kebenaran.

Menurut kesimpulan takrifan khurafat yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di dalam buku Garis Panduan, Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual JAKIM, khurafat ialah sesuatu perkara mempesonakan berbentuk rekaan atau dongeng (legenda) yang karut yang menyimpang dari ajaran Islam sedangkan tahyul pula iaitu semua cerita sama ada khayalan atau rekaan yang meliputi cerita-cerita yang mempesonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta.

Bertolak dari penjelasan ini kita boleh membuat konklusi bahawa membenarkan imaginasi lukisan atau gambaran Rasulullah SAW secara langsung atau tidak langsung boleh menjurus kepada memasukkan unsur-unsur khurafat, tahyul dan khayalan ke dalam akidah Islam seterusnya ini sedikit demi sedikit akan menghakis sifat Islam sebagai agama yang bersih daripada dongengan, lebih-lebih lagi ia akan merosakkan sistem tathabbut iaitu memastikan setiap apa yang disandarkan kepada agama itu adalah betul-betul benar seperti yang disusun oleh para ulama seumpama dalam metodologi ilmu hadith dan ilmu usul fiqh.

Berasaskan dalil-dalil dan hujah-hujah yang dibentangkan di atas maka kita dapati bahawa para ulama Islam serta beberapa institusi Islam terkemuka telah mengumumkan fatwa pengharaman menghasilkan lukisan atau apa-apa gambaran berbentuk imej Rasulullah SAW.

Antaranya adalah fatwa Syeikh Hasnain Makhluf pada bulan Mei 1950 dalam kitab al-Fatawa al-Islamiyyah, jilid 4, mukasurat 1297, Lajnah Fatwa al-Azhar pada bulan Jun 1968, Majlis Majma’ Buhuth al-Islamiyyah pada bulan Februari 1972 dan Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami Makkah kali ke-8 pada tahun 1405 hijrah.

Pengharaman ini adalah bertitik tolak daripada pendirian para ulama Islam yang mahu menjaga kepentingan Islam serta penganut agama Islam itu sendiri dan ia telah dijelaskan berpandukan hujjah-hujjah naqli (al-Qur’an dan al-Sunnah) dan aqli atau rasional pemikiran manusia.

Namun sekiranya masih kedapatan mereka yang masih mempertikaikan keputusan tersebut, itu bukanlah timbul kerana kepincangan hujjah-hujjah di atas tetapi sekadar sifat manusia yang tidak pernah puas serta tidak tahu menghormati kepercayaan orang lain ditambah pula dengan ketegaran untuk tidak memahami keutamaan keharmonian beragama di Negara ini.







Sumber : sentiasapanas.com