Kongsi Kenderaan Antara Lelaki Dan Perempuan. Haram atau Halal?? Kena Tahu Hukumnya



Kos sara hidup yang meningkat sekarang menyebabkan kita terpaksa berkongsi banyak perkara. Misalnya berkongsi kereta untuk ke tempat kerja. Tidak salah berkongsi kereta jika pasangan kita adalah perempuan. Tetapi bagaimana jika sebaliknya, iaitu berlainan jantina.

Apakah hukumnya dibolehkan memandangkan ramai yang pandang remeh persoalan ini. Janji langkah penjimatan dapat dilakukan dalam keadaan seperti sekarang ini. Ayuh, ikuti pandangan yang jelas berkenaan persoalan yang ramai terlepas pandang.

Hukum bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram menaiki satu kereta adalah bergantung kepada keadaan, bukan hanya tujuan dan matlamat semata-mata. Sekiranya keadaan tersebut boleh membuka ruang fitnah kepada orang lain, maka hukumnya ialah haram.

Contohnya adalah menaiki kereta berdua-duaan, kereta bercermin gelap, pergi ke tempat sunyi dan sebagainya. Walaupun membawa isteri berdua-duaan dalam satu kereta pada waktu yang sunyi dan gelap, tetapi orang ramai tidak tahu bahawa dia isteri kita (kerana menyembunyikan perkahwinan).

Maka hukumnya tetap menjadi haram kerana boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain. Diingatkan bahawa suami yang membiarkan isterinya menaiki kenderaan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram ialah suami yang dayus.

Cara yang dibolehkan untuk menaiki kenderaan bersama antara lelaki dan perempuan adalah tidak berdua-duaan. Lelaki dan perempuan tidak boleh duduk sama di hadapan, cermin kereta tidak gelap dan pergi ke tempat yang tidak mencurigakan.

Wallahualam

Sumber: Hijabista


EmoticonEmoticon