Jika Hidup Kita Susah, Bolehkah Kita Berdoa Untuk Di Matikan Segera?



Soalan : Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, bolehkah kita berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kita dimatikan dengan segera?



Jawapan:Sebenarnya berdoa meminta mati itu adalah dilarang kerana ia merupakan sikap orang yang putus asa dari rahmat Allah S.W.T. Bagaimanapun dalam konteks ini, marilah kita sama-sama memahami sebuah hadis Rasulullah S.A.W. seperti berikut :

Maksudnya : “Jangan bercita-cita oleh seseorang kamu akan mati lantaran kesusahan yang menimpa dengannya, maka seandainya tidak dapat tidak dari bercita-cita untuk mati maka hendaklah ia berdoa: “Ya Allah hidupkanlah aku selagi mana hidup itu lebih baik bagi aku dan matikanlah aku selagi mana kematian itu lebih baik bagi aku”.

Sumber: Fatwa Negeri Selangor


EmoticonEmoticon