Pada zaman ini, terlalu banyak tips dan panduan bagaimana untuk menjadi kaya atau jutawan.
Walhal sebenarnya, di dalam Al-Qur'an terdapat satu RAHSIA bagaimana anda boleh menjadi JUTAWAN.
Berikut adalah ringkasannya:
Mahmud Ibn Labid r.a. berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab.”
Namun, jika anda ingin menjadi seorang jutawan, Allah SWT telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Maksudnya, dengan sentiasa mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat serta sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia dan balasan yang paling baik dari Allah.
Sesungguhnya Allah pemberi segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Qur'an dengan sebenarnya-benarnya, kerana panduan untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Qur'an.
Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Qur'an daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu”.
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi ingin gaya hidup sederhana, selesa, tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam.
Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan wang segera untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., "Apabila Rasulullah SAW mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat sunat."
Ini selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.
Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakan yang mengamalkan tips ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan bersederhana.
Mereka tidak kelam kabut dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan.
Kebanyakan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah.
Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun rezeki yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu a'lam.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/11/rahsia-menjadi-jutawan-dengan-panduan.html#ixzz4SNmnX1Qw
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
EmoticonEmoticon