Kalau Impikan Anak Bergelar Al-Hafiz, Ini 16 Strategi Mesti Dilakukan!


Ibu bapa mana yang tidak impikan anak menjadi anak soleh dan solehah. Tambah membahagiakan apabila mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran sejak usia kecil lagi. Kini,impian tersebut boleh menjadi kenyataan asalkan sahaja anda melakukan startegi yang betul sejak si comel masih kecil lagi.

Ayuh, ibu dan ayah semua, jangan berlengah lagi untuk menjadikan anak anda salah seorang daripada anak tahfiz. Inilah strategi yang mesti dilakukan.

1. Mulakan dari awal

Perkenalkan al-Quran sejak dari alam rahim lagi. Ibu atau bapa hendaklah membaca al-Quran kepada janin untuk didengari. Paling tidak, pasangkan audio surah-surah al-Quran untuk didengari. Apabila lahir, anak sudah terbiasa dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran.

2. Kad imbasan

Seawal usia enam bulan, ajar si manja dengan huruf-huruf jawi menggunakan kad imbasan supaya dia terbiasa dengannya.

3. Sebut

Apabila dia meningkat ke usia satu atau dua tahun, suruh bayi sebut  bunyi huruf-huruf itu. Perlahan-lahan perkenalkan jenis-jenis baris iaitu baris atas, bawah, tanwin dan sebutan yang betul.

4. Surah mudah

Mulakan dengan surah-surah mudah dan pendek untuk dihafalnya. Misalnya Al-fatihah, tiga Kul dan lain-lain.

5. Baca dahulu

Biar si manja menguasai pembacaannya dahulu sebelum mula menghafal. Pastikan bacaannya betul.

6. Sabar

Bersabar dengan kerenahnya. Dia masih kecil dan sukar untuk memberikan tumpuan yang lama. Maka selang-selikan hafazan dengan aktiviti lain.

7. Berdoa

Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar si manja dikurniakan minda yang mudah mengingati dan hati yang cerah agar mudah baginya menghafaz al-Quran seterusnya menjadi mukmin yang soleh dan solehah.

8. Minda bawah sedar

Baca surah Al-Insyirah ketika si anak dalam keadaan tidur-tidur ayam. Hal ini akan mempengaruhi dirinya menerusi minda bawah sedar. Kemudian bacakan doa Bismillah hillazi la yadurru...dan tiupkan ke ubun-ubunnya.
Ambil kesempatan untuk bercakap dengannya tentang kehendak anda yang ingin melihat dia menjadi insan yang soleh dan hafaz al-Quran.

9. Puji dan ganjaran

Berikan puji-pujian dan ganjaran kepadanya sekiranya dia berjaya menghafal surah tertentu. Pujian juga boleh memberikan motivasi kepada dirinya agar tidak mudah berputus asa. Berikan ganjaran dalam bentuk material atau moral supaya dia terus teruja melakukan perkara yang mulia ini.

10.    Makanan halal

Soal pemakanan sangat mustahak kerana anak-anak hafiz memerlukan makanan yang halal supaya dia terang hati dan mudah memberikan tumpuan dan tinggi daya ingatan.

11.    Kuatkan ingatan

Jadual hafazan dan kedudukan dirinya yang sentiasa dengan al-Quran secara tidak langsung akan melenyapkan unsur hiburan yang melampau. Mengelakkan perkara-perkara yang menumpulkan akal seperti ketawa melampau, menonton hiburan, membuat perkara lagha dan sebagainya.

12.    Amalan surah Taha 23-25

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku;
Ayat  ini adalah doa Nabi Musa ketika memohon kepada Allah SWT menghadapi cabaran Firaun. Dengan izin Allah dipermudahkan bacaan dan hafazannya.

13.    Semasa bermain

Pasangkan audio bacaan al-Quran ketika si manja sedang bermain. Pilih audio dari bacaan qari kanak-kanak yang jelas, merdu dan nyata bacaannya. Pasang berulang kali kerana kelak anak akan mudah mengikutnya.

14.    Tidur

Pasangkan juga audio bacaan al-Quran ketika si manja ingin tidur. Biarkan ia berlangsung sepanjang malam sehingga si kecil bangun keesokan harinya.

15.    Di dalam kenderaan

Gunakan masa lapang ketika dalam perjalanan di dalam kereta untuk si manja mengaji al-Quran atau pun sediakan audio al-Quran dan dipasang di sepanjang perjalanan.

16.    Jadual

Sediakan waktu bacaan empat hingga lima kali sehari bagi si manja empat tahun ke atas. Pada setiap sesi, biarkan dia menghafal dengan penuh konsentrasi dan tumpuan.

Semoga niat yang ikhlas kerana Allah SWT akan mempermudahkan perjalanan ibu dan ayah mendidik anak-anak menjadi seorang Al-Hafiz.
 

Hukum Mencukur Janggut & Misai


Soalan; Assalamu alaikm, ustaz. Minta ustaz jelaskan lanjut tentang hukum mencukur janggut. Misai pula macam mana? Terima kasih.

Jawapan;

HUKUM JANGGUT

1. Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.; 

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.). 

Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggungnya, yang lebih (dari genggaman) akan dipotongnya” (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun ada juga ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) yang berpandangan; janggut hendaklah dibiarkan tanpa diganggu kerana Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadis tadi; “….biarkanlah janggut..”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).

HUKUM MISAI

2. Berbeza dengan janggut, misai pula diperintahkan (dalam hadis tadi) supaya dibuang (digunting/dicukur); “..buanglah misai..”. Tentang had yang perlu dibuang, para ulamak berbeza pandangan;

a) Pandangan pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali; yang terbaik ialah mencukurnya (yakni membuang habis). Mereka berdalilkan beberapa sabda Nabi s.a.w. antaranya;

جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 

Menurut pandangan ini; Perkataan al-jazz dalam hadis di atas memberi makna menggunting misai dan bulu hingga sampai ke kulit.

Di dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Berkata Imam Ibnu Hajar; perkataan al-Jazz dan al-Ihfa’ menunjukkan kepada tuntutan agar bersungguh-sungguh dalam membuang misai. Al-Jazz bermaksud; menggunting hingga ke kulit. Al-Ihfa’ pula bermaksud; membuang habis. Kerana itu Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mensunatkan dibuang habis misai dengan mencukurnya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 3586. Tuhfah al-Ahwazi) 

b) Pandangan kedua; menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki; yang disunatkan hanyalah mengguntingnya sahaja supaya kelihatan bibir mulut (yakni menggunting bahagian yang memanjang ke atas bibir mulut). Adapun mencukurnya adalah dilarang, di mana hukumnya adalah makruh. Dalil mereka ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; Nabi menggunting sebahagian misainya dan berkata; “Nabi Ibrahim melakukannya” (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib). Imam al-Baihaqi meriwayatkan (dalam Sunannya) dari Syurahbil bin Muslim al-Khaulani (seorang Tabiin) yang menceritakan; Aku telah melihat 5 orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Umamah, Abdullah bin Bisr, Utbah bin Abd as-Sulami, al-Hajjaj bin ‘Amir dan al-Miqdam bin Ma’di Yakrib, mereka menggunting misai selari dengan pangkal bibir mulut”. (al-Majmu’, Imam an-Nawawi).

Mengenai hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh pandangan pertama tadi, dijawab; yang dimaksudkan oleh Nabi dengan ucapannya “…buanglah misai..” bukanlah membuang keseluruhannya, akan tetapi membuang sebahagiannya sahaja (iaitu yang melepasi ke bibir mulut) sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi tadi. 

c) Pandangan ketiga; menurut Imam Ibnu Jarir at-Tabari; harus kedua-duanya, yakni kita boleh memilih sama ada hendak mengguntingnya sahaja atau mencukurnya kerana kedua-duanya sabit di dalam hadis Nabi s.a.w.. 

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 1/152-155 (Kitab at-Toharah, Bab Khisal al-Fitrah).
2. Faidhul-Qadier, Imam al-Munawi, hadis no. 3586.
3. al-Mjamu’, Imam an-Nawawi, Kitab at-Toharah, bab as-Siwak (1/287).
4. Tuhfah al-Ahwazi, Kitab Abwab al-‘Ilmi, bab Ma Ja-a Fi Qassi as-Syarib (8/42).
5. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdus-Salam Tawilah, hlm. 276-280.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 21. 
7. Fiqh at-Thoharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan, hlm. 42.

Kisah Pengalaman Arwah Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram. Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.




Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam.





Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah. Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu. Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun. Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah.


Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. 





Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini. Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk. 




Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu. Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Wanita Kahwin Lebih 2 Kali. Siapakah Suaminya Di Syurga ? Ini Jawapannya.

Muslimah Yang Pernah Menikah Lebih Dari Sekali, Siapakah Suaminya Di Surga Kelak? Kadang-kadang ada wanita muslimah yang berpisah dengan suaminya. Baik karena bercerai atau suaminya meninggal dunia. Lalu, muslimah tersebut menikah lagi. Ketika mereka semua masuk surga, siapakah yang akan menjadi suaminya? Pernah tak kita terfikir tentang hal seperti ini.

1

Imam Al Qurthuni di dalam kitab At Tadzkirah meriwayatkan bahwa Hudzaifah Ibnul Yaman radhiyallahu anhu mengatakan kepada istrinya, “Jika engkau ingin menjadi istriku di surga, janganlah engkau menikah lagi setelah aku. Karena wanita adalah milik suaminya yang terakhir.”
Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu anhu pernah melamar Ummu Darda. Namun Ummu Darda menolak sembari mengatakan, “Aku pernah mendengar Abu Darda menceritakan sebuah hadits yang menyatakan ‘Sesungguhnya wanita akan menjadi istri dari suami terakhirnya kelak di surga.”
“Begitu juga halnya dengan Ummahatul Mu’minin,” kata Abu Muhammad Jamal dalam buku Imra’atus Sami’in bi Aushafil Huril Iin, “kelak di surga akan menjadi istri-istri Rasulullah, meskipun sebelum dinikahi Rasulullah mereka pernah dinikahi orang lain.”




9 Amalan Untuk Terhindar Daripada Gangguan Sihir Dan Syaitan!






1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Hadis Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Hadis Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah.

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda maksudnya: "Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan" Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Hadis Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.

Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Hadis Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

7. Amalakan membaca ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari 2311)

8. Amalkan membaca zikir waktu pagi dan petang. Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ; "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca; ' Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim' (maksudnya : Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya."

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

Di dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menjelang petang membaca , 'A'uzubikalimatilla hittaamaati min syarrimaahalaq' (maksudnya : Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya) 3 kali maka tidak akan membahayakan baginya racun yang ada pada malam itu." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)
{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

9. Amalkan zikir-zikir di dalam kitab zikir al-Matsurat di dalamnya mengandungi doa-doa untuk di jauhi daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan.

Sumber: Abu Basyer

Inilah 4 Amalan Ringan Namun Pahalanya Terus Mengalir Hingga Hari Kiamat



Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna. Sebab manusia memiliki akal dan pikiran sehingga mampu membedakan mana yang baik dan buruk.Salah satu tujuan penciptaan manusia adalah untuk menyembah kepada Allah SWT, serta melakukan berbagai macam amal kebaikan. Hal ini sebagai bekal agar kelak bisa menjadi penghuni surga. 

Diantara amalan orang sholeh yang bisa dilakukan manusia, terdapat 4 amalan ringan yang pahalanya terus mengalir hingga hari kiamat. Namun tidak banyak orang yang mengetahuinya. Sehingga kebanyakan orang justru melalaikannya. Padahal amalan ini sangat mudah untuk dilakukan. Lantas, apa saja amalan yang dimaksud ?

1. Shalat Subuh dan Isya Berjamaah
Amalan ringan pertama yang pahalanya terus mengalir adalah melaksanakan shalat subuh dan isya berjamaah. Melaksanakan kedua amalan ini sama seperti melaksanakan shalat setengah malam dan shalat semalam suntuk.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim bahwa siapa saja yang melaksanakan shalay isya berjamaah seolah-olah menunaikan shalat setengah malam dan siapa saja yang melaksanakan shalat subuh berjamaah sama seperti orang yang melaksanakan shalat semalam suntuk.

2. Mendoakan Orang Lain
Amalan ringan selanjutnya yang pahalanya terus mengalir hingga kiamat adalah mendoakan orang lain. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa siapa saja yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya sesama muslim, melainkan para malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no.4912)
Oleh sebab itu perbanyaklah mendoakan orang lain dengan taqwa dan hati yang tulus. Namun Allah SWT mengajarkan manusia untuk tidak pernah mendoakan orang lain untuk suatu keburukan, mendoakan orang kafir agar diampuni, serta mendoakan hal-hal yang tidak akan mungkin.

3. Menunggu Shalat Jum’at
Amalan selanjutnya yang pahalanya terus mengalir adalah menunggu shalat Jumat dan bersegera ketika waktunya datang. Menunggu shalat Jumat menghasilkan pahala yang sama besarnya dengan puasa serta shalat malam selama setahun.
Bahkan dalam riwayat dari Ibnu Majah disebutkan bahwa siapapun yang menanti shalat Jumat lalu pergi pada pagi hari ke masjid sambil jalan kaki lalu ketika sampai kemudian duduk di dekat imam untuk mendengarkan khutbah, serta menjaga ketenangan agar khutbah tersampaikan dengan baik, maka akan memperoleh pahala yang besar.

4. Berdzikir
Ada sebuah pernyataan yang menyatakan bahwa berdzikir lebih baik dibandingkan dengan dunia dan isinya. Berdzikir sangat mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan waktu yang banyak. Selain itu efeknya sangat dahsyat bagi kehidupan dunia dan akhirat.
Imam Muslim menyebutkan bahwa pujian terhadap Allah di dalam dzikir lebih berharga dibandingkan mendapatkan kekayaan sebanyak apa pun yang ada dibawah matahri. Oleh sebab itu, jika Anda masih jarang berdzikir karena alasan sibuk, maka ingatlah bahwa Allah SWT selalu memiliki waktu untuk memelihara kita.
Demikianlah ulasan mengenai 4 amalan ringan yang pahalanya terus mengalir hingga hari kiamat. Lantas, 4 jenis amalan tersebut manakah yang sudah Anda lakukan ? Semoga dengan mengetahui hal ini, kita bisa memperbaiki diri dan senantiasa melaksanakannya. Sebab meski hanya amalan ringan, namun pahalanya terus mengalir hingga hari kiamat.

Semoga bermanfaat.
Sumber: http://islamidia.com/4-amalan-ringan-ini-pahalanya-terus-mengalir-hingga-hari-kiamat

Hukum Memutuskan Silaturahim, Berdosa Besar.. Kalau Left Group Whatsapp, Jangan Terkejut Dengan Hukumnya..

Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan "Apa Hukum Left Group Whatsapp? "
Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan "Apa Hukum Left Group Whatsapp? "

Hukum Left Group Whatsapp

"Bila kita 'left group' bukan kita putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left group' bukan sampai tahap begitu,"
SHAH ALAM - "Bila kita 'left group' bukan kita putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left group' bukan sampai tahap begitu," demikian penjelasan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak 'left group' WhatsApp.

Azhar Idrus berkata, oleh itu jika seseorang itu hendak 'left group' mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian yang negatif.

"'Left group' ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak group.

"Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya... Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh 'left group' tiada masalah," katanya  ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook  di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.

Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial menggunakan platform teknologi itu,  untuk menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik melaluinya.

"Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti 'bagaimana untuk memasak dengan baik' juga boleh dikongsi di media sosial," katanya.

Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan "Apa Hukum Left Group Whatsapp?" by SinarHarian

Semua Yang Hidup Pasti Mati.. Nasihat Kubur - Luangkan Masa 2 Minit Membacanya.



Nasihat Kubur: 


Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...



Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir Yang Betul Dari JAKIM

Cara Solat Jamak

Tentu ramai yang sedar diri mereka berstatus musafir ketika berhenti di Hentian R&R Lebuhraya untuk menunaikan solat, namun tak tahu tatacara dan panduan yang betul tentang Solat Jamak dan Qasar. Biasanya di R&R juga ada sediakan panduan ini di dinding surau tapi setiap kali singgah kita baca, kemudian lupa. Singgah lagi, baca dan lupa lagi mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita akan selalu lupa.

Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.

Cara Solat Jamak


Klik gambar untuk saiz lebih besar.

Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

Apa itu solat jamak?


Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


Apakah syarat solat jamak?


Untuk solat jamak taqdim:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk solat jamak taakhir:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?


Untuk jamak taqdim:
1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk jamak taakhir:
1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)