MENGAPA SUKAR KITA BERTERUSAN MELAKUKAN KEBAIKAN?

Istiqamah dalam menakluk perubahan yang besarKenapa begitu sukar untuk membentuk tabiat yang baik?
Mengapa sangat susah untuk kekal istiqamah dalam membuat perubahan?
Bagaimana anda boleh meneruskan niat baik anda untuk melakukan perubahan walaupun nampak seperti tiada hasil?
Persoalan-persoalan ini sering menganggu kita. Kita ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya, tetapi niat murni kita itu selalu tersekat.
Kita selalu gagal tanpa punca.
Anda dan saya.

Kenapa anda selalu gagal untuk berubah ke arah perkara baik?

Kita semua mempunyai harapan dan impian.
Setidak-tidaknya, kebanyakan orang mempunyai kemahuan yang sama.
Contohnya adalah seperti kita mahu badan kita nampak menarik dan sihat, mahu menghafaz al-Quran, mahu menulis buku, mahu lebih dihormati oleh keluarga dan rakan.
Secara keseluruhan, ini adalah perkara-perkara yang baik.
Cantik sebenarnya bila kita mempunyai matlamat dan mengetahui apa yang kita mahu. Ia memberikan kita arah dan tujuan.
Bagaimana pun, kadangkala harapan dan impian itu sendiri yang akan mensabotaj kita daripada menjadi lebih baik.
Bagaimana? keinginan.
Keinginan atau nafsu yang akan mengumpan kita untuk ‘menggigit lebih besar daripada apa yang kita mampu kunyah.
Anda akan faham apa yang saya maksudkan:
  • Anda berazam untuk mengingat semua surah dalam al-Quran. Anda menghafal berterusan sepanjang hari pada hujung minggu. Selepas pergi kerja pada hari isnin, anda langsung tidak kembali menghafal selepas itu.
  • Anda terinspirasi dengan kisah travel kawan-kawan yang menjelajah negara lain, maka anda pun mula menulis plan rancangan untuk travel ke seluruh dunia. Pada akhirnya anda hanya ‘lemas’ dalam semua butiran perancangan dan berakhir dengan duduk dirumah sahaja.
  • Anda termotivasi dengan rancangan The Biggest Loser. Anda pergi ke gim, buat latihan all-out sehingga otot anda cedera dan mengambil tempoh tiga bulan untuk pulih.
Apa yang selalu terjadi, kita membiarkan motivasi dan kemahuan yang sedang membuak itu mendorong kita menjadi kalut untuk menyelesaikan keseluruhan masalah atau keinginan dengan sekali hadap sahaja..
..berbanding bermula dengan langkah kecil sebagai suatu rutin harian.
Saya tahu. Perkara ini bosan.
Realitinya adalah: impian yang ingin kita capai adalah sangat berbeza dengan tindakan yang akan membawa kita ke sana.
Tidak ramai orang yang mampu terus membuat perubahan besar sekali gus. Tidak ramai orang mampu istiqamah.
Oleh itu bagaimana untuk kita kekal istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan?
Saya gembira anda bertanya.
Mari saya jelaskan.

Kita harus tetapkan impian yang besar, tetapi mesti mulakan dengan langkah yang kecil..

Apabila kita benar-benar ingin berubah untuk perkara lebih baik, kita harus bermula dengan langkah yang kecil.
Cuba bayangkan tabiat-tabiat ini:
  • Anda memberus gigi.
  • Anda memakai tali pinggang keledar.
  • Anda menggigit kuku.
Kelakuan ini cukup kecil sehinggakan kita langsung tak terfikirkannya. Kita melakukannya secara automatik.
Mereka adalah kelakuan-kelakuan kecil yang membentuk tabiat kita secara berterusan.
Jadi masuk akal atau tidak, jika saya katakan cara terbaik untuk memulakan sesuatu adalah dengan membuat perubahan kecil terlebih dahulu.
Yang mana otak kita boleh cepat belajar dan mengulangi secara automatik.
Lama-kelamaan, kita akan top-up kemajuan kita sehingga mencapai apa yang kita inginkan, tanpa rasa lelah dan sukar.
istiqamah dalam perubahan
Berubah – biar perlahan, asal kita tidak lelah dan sentiasa berterusan. Inilah istiqamah
Analogi pendekatan ini sama seperti belajar berenang:
Bila kita terus terjun ke air yang dalam sebaik sahaja kita mendapatkan ransangan motivasi, kita hanya akan gagal, dan lemas dengan cepat.
Kita memerlukan lebih banyak rangsangan motivasi apabila tabiat baru kita semakin ‘lemas’.
Tetapi, bila kita mulai berenang di air yang cetek terlebih dahulu, pasti perlahan-lahan akan kita akan pergi ke air yang lebih dalam.
Sehingga sampai ke titik di mana kita boleh berenang sendiri sama ada bermotivasi atau tidak.
Kita sudah selesa dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita. Ia sudah bersemadi dengan tubuh kita. Ia sudah menjadi kepercayaan kita.
Nampak?

Beri tumpuan kepada gaya hidup, bukan kepada perubahan hidup

Sering kali kita taksub dengan membuat perubahan yang mengubah hidup.
Tetapi untuk mencapai sesuatu yang mengubah hidup, anda terlebih dahulu harus menukar gaya hidup. Cuba wujudkan tabiat-tabiat kecil terlebih dahulu.
  • Mengingat 30 juz al-Quran adalah satu perubahan hidup, menghafaz 10 ayat baru setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
  • Menerbitkan sebuah buku adalah satu perubahan hidup, menulis 5 muka surat setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
  • Bangun solat tahajjud setiap malam adalah perubahan hidup, pastikan solat fardhu tepat pada waktu setiap masa adalah gaya hidup yang baru.
  • Menurunkan berat badan 2okg adalah satu perubahan hidup, minum 8 gelas air masak setiap hari adalah gaya adalah hidup yang baru.
  • Ingin menjadi muslimah yang sebenar-benar soleh adalah perubahan hidup, menjaga pemakaian (aurat) dan tutur kata adalah gaya hidup yang baru.
Nampak perbezaannya?
Mempunyai matlamat hidup adalah perlu kerana ia menunjukkan arah hidup, tetapi kadangkala ia juga ‘menipu kita’ dengan menyasarkan apa yang tak mampu dikendalikan.
Langkah kecil – rutin harian kecil yang diulangi secara berterusan – inilah yang akan membuatkan apa yang kita hendak capai menjadi realiti.
Saya tahu ini  kelihatan hampir tiada makna pada mulanya. Tetapi tabiat kecil sebenarnya boleh memberikan kemajuan yang luar biasa dengan cepat.
Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
– Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Istiqamah – walaupun adakalanya amalan tersebut nampak kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan.
See? Islam itu agama yang mudah sebenarnya.

Penutup: tips untuk kekal istiqamah

Bertahan dalam perubahan yang baik sememangnya sukar.
Ini sudah tentu kerana pada asasnya jiwa manusia selalu dibayangi oleh hawa nafsu.
Sebenarnya ada 2 elemen yang menyukarkan kita untuk istiqamah bertahan dengan perubahan baik, iaitu nafsu (syaitan) dan Mazmumah, iaitu kelemahan diri kita sendiri.
Namun jangan bimbang, dengan strategi yang kita bincangkan diatas, InsyaaAllah kita akan dapat membuat kemajuan dan menjadi seorang muslim yang produktif.
Ini adalah beberapa peraturan ringkas tapi berkesan untuk kekal dengan perubahan yang ingin kita lakukan:
  1. Bermula dengan sesuatu sangat mudah untuk anda. Ia mesti menjadi begitu mudah sehingga anda tidak boleh mengatakan tidak. Pastikan ia tidak sukar langsung.
  2. Anda perlu meningkatkan pencapaian perubahan tersebut setiap hari, tetapi dengan cara yang sangat kecil.
  3. Walaupun selepas meningkatkan pencapaian perubahan tersebut, pastikan semuanya kekal mudah. Jika perlu, pecahkan kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah.
  4. Sentiasa mengingatkan diri kita dengan niat asal dan re-charge semangat kita dengan zikir mengingati Allah.
Apa yang terpenting, mulakan langkah pertama.
doa istiqamah
Akhir sekali adalah kita perlu memohon kekuatan daripada Allah agar segala perubahan ke arah kebaikan yang kita lakukan diberi kekuatan pertolongan.
Semoga hati kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah.
YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO’ATHIK.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.
Semoga memberi manfaat kepada semua.

SUMBER: MUHAMMAD NAIM


EmoticonEmoticon