Hujung tahun ramai yang mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga atau sekurang-kurangnya balik kampung menjenguk atun nenek. Inilah masanya ibu ayah yang sibuk bekerja menghabiskan baki cuti tahunan di samping peluang memberi tumpuan kepada anak-anak.
Dalam masa yang sama juga, pada waktu sekarang cuaca dalam negara kerap hujan dan sejuk. Bagi yang mempunyai anak kecil terutama bayi, bila kerap berjalan dalam cuaca yang tidak menentu mendedahkan si kecil kepada risiko mudah mendapat jangkitan kuman seterusnya jatuh sakit seperti mendapat batuk, selesema dan demam.
Tubuh gebu bayi yang comel dan montel menjadi petanda bahawa mereka masih dalam proses membesar. Bayi biasanya memerlukan lebih perhatian daripada anda ketika membesar. Sistem imun badan mereka yang masih belum kuat dan stabil menyebabkan si manja mudah terkena pada serangan virus.
Berikut ini adalah tanda-tanda yang mesti anda ketahui dan kenal pasti. Jika terjadi kepada anak anda segerlah bawa bayi ke hospital untk mendapatkan rawatan segera daripada doktor.
1. Suhu badan bayi anda tinggi
Bila bayi Anda berumur kurang dari 3 bulan, demam dengan suhu lebih dari 38°C, ketika usia 3-6 bulan, demam dengan suhu lebih dari 38,5°C dan pada usia 6 bulan ke atas, demam dengan suhu lebih 40°C selama 72 jam.
2. Demam muncul kembali setelah sempat reda
Jika demam bayi muncul kembali selepas sembuh, anda perlu periksa keadaan ini dengan doktor.
3. Demam bertahan lebih dari 72 jam
Demam berpanjangan yang dialami oleh bayi perlukan rawatan segera.
4. Kejang berulang dan terjadi cukup lama
Bayi yang mengalami kejang terutama berulang kali dan dalam masa yang lama mesti diberikan rawatan doktor.
5. Bayi sangat lemah
Bayi kelihatan lemah dan kurang respons atau kurang tertarik dengan ajakan anda untuk melakukan apa pun, termasuk bermain.
6. Sesak nafas
Bayi kelihatan bernafas cepat dan diselangi dengan bunyi pada saat bernafas.
7. Bayi mengalami cirit-birit
Cirit-birit terus menerus selama 12 jam, lebih teruk jika disertai dengan muntah. Bayi boleh dehidrasi. Segera bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Sebagai ibu bapa anda perlulah sentiasa berwaspada terhadap apa jua simptom yang ditunjukkan oleh bayi. Jangan terlepas pandang!
Sumber: majalahpama.my
EmoticonEmoticon