Ketenangan Itu Datang Bila Kita Baiki Hubungan Dengan Allah SWT


Bagaimana hubungan anda dengan Allah SWT? Adakah anda sentiasa bergantung pada Tuhan yang telah menciptakan anda dan member anda segala-galanya atau anda hanya cari Dia bila anda dalam kesusahan? Adakah hati anda rasa tenang dan penuh dengan cinta pada Allah SWT? Atau anda rasa jauh dan ditinggalkan?
DARI ABU HURAIRAH RA, IA BERKATA : NABI SAW BERSABDA : “ALLAH TA’ALA BERFIRMAN : “AKU MENURUT SANGKAAN HAMBAKU KEPADAKU, DAN AKU BERSAMANYA APABILA IA INGAT KEPADAKU. JIKA IA INGAT KEPADAKU DALAM DIRINYA MAKA AKU MENGINGATNYA DALAM DIRIKU. JIKA IA INGAT KEPADAKU DALAM KELOMPOK ORANG-ORANG YANG LEBIH BAIK DARI KELOMPOK MEREKA. JIKA IA MENDEKAT KEPADAKU SEJENGKAL MAKA AKU MENDEKAT KEPADANYA SEHASTA. JIKA IA MENDEKAT KEPADAKU SEHASTA MAKA AKU MENDEKAT KEPADANYA SEDEPA. JIKA IA DATANG KEPADAKU DENGAN BERJALAN MAKA AKU DATANG KEPADANYA DENGAN BERLARI-LARI KECIL”. (HR BUKHARI, MUSLIM, TIRMIDZI, IBN MAJAH)
Hadis yang indah ini memberitahu kita tentang banyak perkara contohnya tawakkal (kepercayaan yang pergantungan yang penuh kepada Allah SWT), zikir yang berterusan dan qadar (takdir). Ia juga membuktikan bahawa semakin banyak usaha kita untuk mendekali Allah SWT, semakin Allah SWT akan mengingati kita.
Semua perkara akan mula menjadi baik bila anda membaiki hubungan anda dengan Allah SWT. Perlahan-lahan, semua perkara akan berada di tempat yang sepatutnya semua kerana anda percaya dan yakin padaNya. Allah SWT member ganjaran kepada kepercayaan kita dengan memberikan anda kemudahan dalam kesusahan dan Dia beri anda apa yang anda perlukan.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dari golongan hamba-hamba yang soleh di Dunia dan di Akhirat. Amin.


EmoticonEmoticon