Adakah anda salah seorang yang jarang menyentuh Al-Quran?
Atau anda membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?
Sebenarnya kelebihan dapat:
- Dapat membaca Al-Quran setiap hari adalah satu nikmat
- Dapat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik dan betul adalah satu kehebatan
- Dapat menhafal 30 Juz Al-Quran pula merupakan impian setiap orang yang bergelar muslim.
Tetapi jika kita dapat mencapai kesemua perkara diatas, InsyaaAllah ia adalah salah satu kebahagiaan yang sangat besar dan paling bermakna dalam hidup ini.
Namun dengan cabaran kehidupan dan budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk, sedikit sebanyak membataskan hubungan kita dengan Al-Quran.
Malah ia semakin kritikal dari generasi ke generasi..
Walau apa pun kes yang mungkin terjadi, disini saya ingin kongsikan beberapa tips mudah tapi berkesan dalam membantu memudahkan kita dalam menghubungkan diri dengan Al-Quran.
InsyaaAllah mudah-mudahan bermanfaat.
1. Imbas kembali niat kita
Kunci untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada Al-Quran adalah muhasabah kembali niat kita, sebelum menyentuh kitab Allah ini.
Tanya diri kita secara jujur, mengapa kita membaca Al-Quran?
Hanya sekadar membaca isinya sahaja, dan kemudian membiarkan ia menghanyut jauh daripada kita tanpa amal?
Ingatlah bahawa Nabi Muhamad (SAW) digelarkan sebagai Al-Quran bergerak: Dalam kata lain, Baginda tidak hanya membaca membaca dan mengalunkan Al-Quran, tetapi baginda menghidupkan apa yang terkandung dalam Kalam Allah itu.
2. Mengambil Wuduk sebelum membaca Al-Quran
Mengambil wuduk adalah persediaan mental dan fizikal yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita bukan sekadar sedang membaca ‘buku’ yang biasa.
Sebenarnya kita sedang ingin berhubung dengan Allah, oleh sebab itu kebersihan adalah satu keutamaan yang penting apabila kita ingin menghadapNya.
3. Baca Al-Quran sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari
Selalunya kita beranggapan bahawa kita patut membaca al-Quran sekurang-kurangnya sejam atau lebih.
Jika anda bukanlah orang yang sentiasa membaca al-Quran, itu pastinya terlalu banyak dan berat untuk dilaksanakan.
Sebagai permulaan, mulakan dengan hanya 5 minit sehari.
Apabila anda memulakan langkah pertama ini, InsyaaAllah, lama-kelamaan tanpa sedar 5 minit itu akan bertukar menjadi 10 minit, 10 minit akan menjadi setengah jam, dan seterusnya menjadi sejam. Dan mungkin lebih lagi.
Rule thumb disini adalah dengan memulakan langkah kecil yang pertama.
Dan fokus kepada proses itu, bukan kepada hasilnya.
4. Pastikan kita faham apa yang kita baca
Meluangkan masa lima minit untuk membaca al-Quran dalam bahasa arab adalah bagus, namun kita perlu faham apa yang kita alunkan itu.
Pastikan anda ada terjemahan al-Quran yang baik dalam bahasa yang anda paling fahami. Terjemahan dalam bahasa Melayu contohnya anda boleh mendapatkan al-Quran Pelangi Madina, yang memaparkan terjemahan yang senang dibaca dengan jelas dan mudah difahami.
Sentiasalah membaca terjemahan untuk memahami apa yang telah kita baca.
Pasti hati kita akan berasa tenang, dan menjumpai jawapan-jawapan kepada setiap permasalahan yang terjadi dalam hidup kita.
Al-Quran bukan hanya sekadar didengar oleh telinga, tetapi harus terdengar sampai ke hati. Kerana fungsi baca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia untuk mengubati.
Jadikan al-Quran sebagai peti aduan kita.
5. Jangan hanya bacaan; dengarkan juga
Di era yang serba canggih ini, jangan terhadkan diri kita untuk semakin merapatkan diri dengan kalam Allah ini.
Download aplikasi dan audio ke dalam smartphone kita, dengan cara ini kita boleh mendengar alunan al-Quran setiap masa dari Qari yang kita minati dan secara tidak langsung dapat memperbaiki bacaan kita dari masa ke semasa.
Cara ini ibarat serampang dua mata;
- Kerana kita dapat cara mendengar bacaan yang betul dan pada masa yang sama akan membuatkan kita mengingati ayat-ayat suci itu dalam hati kita.
6. Belajar Tajwid
Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan.
Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid.
Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.
Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru.
Kita juga pada masa yang sama juga boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza untuk membantu memudahkan kita mengenalpastu sesuatu hukum dengan mudah.
Contohnya adalah al-Quran Pelangi Madina Terjemahan, yang mengandungi pandungan tanda baca dan ringkasan ilmu tajwid.
7. Berdoa kepada Allah.
Pohonlah kepada Allah supaya memandu dan membantu kita apabila membaca Al-Quran.
Tujuan kita adalah untuk mengharap keredhaan dan rahmat daripdaNya. Juga dengan niat untuk berhubung dengan Allah dengan membaca, memahami dan mengamalkan setiap perkataan suci yang terdapat dalam Al-Quran.
Oleh itu, doa adalah alat terbaik untuk memudahkan kita mendapat petunjuk dan panduan daripada Allah.
Akhir Kata..
Akhir sekali, tips yang paling penting adalah kita mesti konsisten.
Sentiasa konsisten setiap hari dan setiap masa dalam membaca al-Quran, supaya kita semakin mahir. Practise makes perfect.
Baca sebanyak mungkin yang boleh, sekerap mungkin yang boleh. Tiada yang boleh menggantikan disiplin ini.
InsyaaAllah, pasti Allah akan memudahkan segala gerak kerja kita dalam mengapai redhanya. Semoga bermanfaat.
SUMBER : MUHAMMAD NAIM
EmoticonEmoticon