Jangan Tanam Daun Pandan Sampai Terlalu Merimbun Kerana Tarik Perhatian Ular Berbisa Bersarang
Sudah menjadi kebiasaan orang dikampung untuk menanam pokok pandan dan biarkan ia merimbun hingga menjadi semak kerana tidak dijaga.
Tahukah anda bahawa suasana pokok panda yang merimbun berkenaan sebenarnya menarik perhatian binatang berbisa untuk jadikan ianya sebagai sarang untuk membiak dan tinggal.
Dikongsikan oleh Puan Salmiah Marzuki di mana beliau telah dipatuk ular berbiasa ditangannya ketika hendak mengambil daun pandan di rumahnya di mana daun pandan berkenaan dibiarkan merimbun di belakang rumah.
41 hari yang lalu...jari saya digigit ular...6hari 6mlm saya menginap di hospital....akibat gigitan ini, sehingga sekarang jari masih tidak dpt berfungsi spt asal....
Bukan ini cerita yang saya nak smpikan tetapi aya ingin berkongsi nasihat seorg doktor agar jangan membela pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun....
Memadai dengan menanam di dalam pasu untuk kegunaan sendiri (yang menanam untuk tujuan komersial lain cerita ya).....doktor kata, berdasarkan pengalamannya bertugas di unit orthopedik, banyak kes "snake bite" berlaku ketika di kawasan pokok pandan (termasuk kes saya...hihi)...
Ular memang suka bersarang di celah2 rimbunan pokok pandan.....berhati2 ya semua rakan kebun bandar...
Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
EmoticonEmoticon