SUMBER:MUHAMMAD NAIM
Bagaimana untuk mengingat buku yang dibaca?Membaca buku yang baik boleh menjadi satu pengalaman yang berharga.Tetapi ia juga boleh menjadi satu perkara yang mengecewakan apabila maklumat yang kita baca hanya terapung melalui kepala tanpa melekat dalam ingatan kita.Namun terdapat beberapa kaedah yang benar-benar boleh memberi kesan dalam mengekalkan maklumat dan menyerap buku yang kita baca.Kaedah ini berguna dan efektif dalam mengingat informasi yang kita baca dari sesebuah buku.Mari saya terangkan satu persatu.Ada 3 Jenis ‘pemilik buku’ yang perlu anda tahu..
Jenis yang pertamaTerdapat jenis orang yang suka membeli buku tetapi tidak pernah membacanya.Selalunya orang yang sebegini hanya ‘minat’ kepada penulis. Mereka hanya mengikut trend semasa. Mereka terpikat dengan senireka muka depan, dan terjebak dalam perlumbaan mengumpul buku edisi ‘collector item’.Orang sebegini hanya mencintai buku dengan kekayaan, bukan dengan kebijaksanaan.Jenis yang keduaKemudian, terdapat juga jenis pemilik buku yang membeli tetapi hanya jarang-jarang membaca setiap helaian buku tersebut sampai habis.Mereka hanya membelek-belek beberapa helai muka depan sebelum semakin memperlahankan rentak, dan akhirnya terhenti.Seperti jenis orang pertama, buku-bukunya akan kelihatan masih baru walaupun selepas 10 tahun membelinya.Jenis ketigaDan jenis orang yang terakhir, pemilik buku yang mempunyai buku-buku yang berkumal, helaiannya hampir longgar, dan paling penting, terdapat conteng-contengan dan tanda dari depan hingga ke belakang buku.Jenis pemilik buku yang terakhir inilah selalunya pembaca yang mampu menyerap buku hingga ke salur darah. Mereka mengingat apa yang mereka telah baca.Dan pembaca jenis terakhir inilah kita semua patut jadi.5 Sebab untuk anda ‘menconteng’ di dalam buku
Menconteng di dalam buku bukanlah satu seni yang boleh dibanggakan.Tetapi ia perbuatan yang wajar. Ia adalah simbol yang menandakan bahawa kita telah bertukar daripada pemilik buku kepada penyerap buku yang sebenar.Ia seperti pembeli daging vs memakan daging..Sebelum ia berada dalam salur darah kita, kita hanya memastikan ia hanya sejuk beku didalam peti ais. Anda masih belum menikmati daging tersebut selagi ia belum dimakan.Dan sama juga sebelum anda menconteng dalam buku tersebut, anda masih tidak memilikinya. Anda hanya penjaga buku tersebut, hanya menyusun didalam rak.Oleh itu, sebelum saya memberi idea bagaimana untuk menanda dalam buku, mari saya tunjukkan mengapa menanda dan menconteng di dalam buku sebenarnya satu perbuatan yang wajar.Disini adalah lima sebab:1. Mengaktifkan mindaDaripada menjadi pembaca yang hanya duduk diam dan cuba untuk memahami segala sesuatu yang masuk ke dalam kepala, cara ini akan mendorong minda ke hadapan dan mula menyoal siasat apa yang dibaca.Apa yang penting anda tidak membaca secara pantas2. Menanda wilayah andaMembaca kembali buku dua tahun kemudian selepas ditanda akan menjadi sesuatu yang sangat menghiburkan: kita boleh meneroka kembali fikiran, perasaan, dan emosi dari masa lalu. Ia merupakan satu diari intelek.3. Meninggalkan jejakTanda contengan anda dalam buku memberitahu anda helaian mana yang telah anda liputi dalam pembacaan.Dan ia akan menolong kamu mengingat idea dan konsep yang telah anda baca jika anda akan masuk membaca buku tersebut untuk kali kedua.4. Mengajar kita bagaimana menulisSetelah membaca beberapa bab, anda secara semulajadi mula menyerap gaya penulisan si penulis. Ianya penting jika anda sedang berusaha untuk menjadi penulis.5. Mendedahkan apa yang kusutMenandakan sebuah buku akan mendedahkan gaya penulis, corak pemikiran dan maksud yang ingin disampaikan..Ianya sama seperti seorang ahli arkeologi membersih debu dari periuk seramik yang tertanam dalam tanah selama tiga ribu tahun yang lalu, lama-kelamaan kita akan dapat melihat dengan jelas seni dan reka bentuk periuk seramik tersebut.Mengapa kita bersusah payah melakukan ini?
Tujuan utama menconteng buka adalah BUKAN untuk melihat sejauh mana kita telah baca.Tetapi tujuan utama yang sebenarnya adalah untuk melihat seberapa banyak tekah anda dapat. Banyak mana telah anda ingat dan serap. Dan cara terbaik untuk melakukannya adalah menulis di dalam buku tersebut.Disini ada beberapa tips untuk melakukanya secara betul.10 Tips untuk ‘menconteng cara betul’ di dalam buku:
- Bulatkan perkataan yang menarik
- Gariskan ayat menarik. Gunakan pen. Gunakan highlighter.
- Tulis soalan atau komen dalam bahagian margin.
- Lukiskan anak panah dari nota dalam margin ke bahagian buku nota merujuk kepada.
- Merekodkan nombor halaman dimana terdapat idea yang telah diulangi.
- Tuliskan ringkasan setiap bab pada halaman kosong di antara bab.
- Buat outline buku itu pada muka surat kosong di hadapan buku tersebut.
- Tulis kesimpulan untuk idea utama buku tersebut di ruangan kosong pada bahagian belakang.
- Membuat rumusan terhadap beberapa idea-idea sokongan.
- Menulis indeks topik, buku atau idea untuk senang dicari pada masa depan.
Jika anda berasa sayang dan tak dapat menconteng dalam buku, sekurang-kurangnya ambil sekeping kertas dan tulis padanya. Sekeping kertas yang anda akan simpan di dalam buku tersebut.
Berita Islam Terlengkap
islamik
semasa
TIPS MUDAH MENGINGATI APA YANG DIBACA SEHINGGA MELEKAT DI BENAK FIKIRAN
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
EmoticonEmoticon