AWAS!! Minum Air Terlalu Banyak Boleh Membahayakan Kesihatan
Mungkin kita selalu mendengar 'minum air dalam kuantiti yang banyak dapat menyegarkan tubuh', namun doktor di hospital King's College di selatan London memberi amaran kepada orang ramai bahawa meminum terlampau banyak cecair(air kosong) itu mungkin boleh mendatangkan bahaya.
Pakar di hospital itu mengeluarkan amaran tersebut selepas merawat seorang pesakit wanita berusia 59 tahun yang sakit selepas meminum terlampau banyak air.
Menurut Dailymail, wanita itu overdose air selepas mengalami simpton jangkitan pada saluran kencing.
Menurut wanita berkenaan, dia disuruh oleh seorang doktor (sebelum ini) untuk meminum banyak air - separuh gelas setiap 30 minit - namun wanita itu meminum dalam kuantiti lebih dari yang disuruh kerana menyangka tindakannya itu boleh mempercepatkan proses penyembuhan dari jangkitan saluran kencing itu.
Wanita itu kemudian dimasukkan ke hospital dan doktor mendapati tahap kandungan garam dalam bandannya terlalu rendah dan keadaan itu boleh membahayakan nyawa.
Keadaan ini boleh berlaku jika meminum terlalu banyak air dalam satu jangka masa pendek.
Menulis laporan kejadian di dalam jurnal BMJ Case Reports, doktor menceritakan bagaimana keadaan wanita tersebut menjadi semakin teruk setibanya dia di hospital.
'Ketika dia mengunjungi bahagian kecemasan, dia dilihat menggigil dengan kuat dan kelam kabut. Dia termuntah beberapa kali dan sukar untuk berkata-kata.
Doktor berjaya menyelamatkan wanita itu dengan rawatan termasuk menyekat pengambilan cecair kepada satu liter dalam tempoh 24 jam seterusnya. Namun doktor turut menulis bahawa dalam satu kes berlainan, seorang wanita muda maut kerana menderita gastroenteritis selepas meminum terlampau banyak air.
Wanita itu dirawat selama 24 jam dalam hospital dan mengambil masa seminggu untuk merasa normal semula.
Dr. Imran Rafi, ketua inovasi klinikal dan kajian di Royal College of GPs berkata: 'Meminum air secara mencukupi sangat penting untuk kekal sihat, dari segi fizikal dan mental, dan pesakit perlu memastikan air dalam badannya mencukupi apabila merasa tidak sihat, terutamanya dalam kondisi yang boleh menyebabkan dihidrasi.
Sumber: Daily Mail
EmoticonEmoticon