BILA KITA RASA TIADA DOSA, MAKA KITA LAH YANG PALING BERDOSA. NAUZUBILLAH




TAZKIRAH & ILMU
Hukuman Yg Tidak Terasa.

Seorg murid mengadu kpd gurunya: "Ustaz, betapa byk kita berdosa kpd Allah dan tidak menunaikan hakNya tp sy tidak melihat Allah menghukum kita".

Guru menjawab dgn tenang: "Betapa sering Allah menghukum kamu tp engkau tidak terasa".

"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yg terbesar yg menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq yg Allah beri utk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan".

Tidaklah seseorg diuji dgn musibah yg lebih besar dari "kekerasan hati dan kematian hati".

Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bhw Allah telah mencabut dr mu rasa bahagia dan senang dgn munajat kpdNya, merendah diri kpdNya, sujud di hadapanNya.

Sedarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dlm solat?

Sedarkah engkau, bhw beberapa hari2 mu telah berlalu dr hidupmu, tanpa membaca Al-Qur'an?

Sedarkah engkau sudah tidak tersentuh dgn ayat ayat Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engkau bhw telah berlalu berapa byk malam yg panjang sedang engkau tidak melakukan Qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?

Sedarkah engkau bhw telah berlalu atasmu musim kebaikan seperti: Ramadhan... 6 hari di bulan Syawal. 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan lain2 tp engkau belum diberi taufiq utk memanfaatkannya?

Hukuman apa lg yg lebih berat dr itu???

Engkau merasakan beratnya mengamalkan byk ketaatan (amal ibadah)?

Tidakkah Allah menahan lidahmu utk berzikir, beristighfar dan berdoĆ  kpdnya?

Tidakkah terkadang engkau merasakan bhw engkau mengalah di hadapan nafsu?

Hukuman apa lg yg lebih berat dr semua in???

Sedarkah engkau, amat mudah bg mu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang rendah pd org lain, memandang kpd yg haram?

Sedarkah engkau, bhw Allah membuatmu lupa kpd Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?

Ini semua hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kpdmu, sedang engkau tidak menyedarinya...

Waspadalah wahai anakku krn hukuman yg paling ringan dr Allah terhadap hambaNya ialah: Hukuman yg terasa pd harta, atau anak, atau kesihatan.

Sesungguhnya hukuman terberat adalah "Hukuman yg tidak terasa" iaitu pd kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa.

Wahai anakku, perbanyaklah di siang dan malam mu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu...

(Mafhum terjemahan dr tausiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan).


EmoticonEmoticon